Pelajar tingkatan 1 jatuh bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia


  • 112
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Pelajar tingkatan satu itu difahamkan berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh pada Jumaat lalu. — Ihsan PDRM

PELAJAR sebuah sekolah Kajang, Selangor yang dilaporkan parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, remaja lelaki berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang, Selangor pada pukul 2.30 pagi.

"Siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah terbabit.

BACA LAGI: Pelajar tingkatan 1 parah terjatuh bangunan sekolah di Kajang

BACA LAGI: Kedai emas kena rompak 4 lelaki bertopeng di Kajang rugi RM3.2 juta

kl30-26062024-nazronyusof_4305134_20240628232349

Naazron memaklumkan pelajar itu mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan lain.

"Pelajar itu dirawat di Hospital Kajang dan beberapa kesan kecederaan dialaminya pada kepala serta anggota badan. Punca kematian disebabkan jatuh dari tempat tinggi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, satu pasukan siasatan khas juga ditubuhkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi menyiasat kes dengan lebih terperinci.

"Setakat ini, lapan saksi dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan mati mengejut (SDR). Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram