[VIDEO] Peguam dakwa remaja Pakistan kena tendang polis gara-gara pertahan ibu alami kecederaan otak


  • Benua
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan anggota polis di Lapangan Terbang Manchester memijak kepada Mohammed Fahir pada Selasa. — Agensi

REMAJA lelaki berusia 19 tahun yang kepalanya ditendang dan dipijak seorang anggota polis di Lapangan Terbang Manchester di England pada Selasa dilaporkan mempunyai sista dalam otaknya.

Peguam mewakili mangsa, Akhmed Yakoob tidak menolak kemungkinan keadaan itu mempunyai kaitan dengan insiden yang menimpa mangsa, Mohammed Fahir Amaaz baru-baru ini.

"Berdasarkan imbasan tomografi berkomputer (CT), status kesihatan remaja berkenaan semakin teruk sejak malam tadi (Khamis) dan doktor mengesahkan mangsa mempunyai sista.

BACA LAGI: Mayat kedua mangsa lemas Pantai Batu Layar ditemukan celah batu

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 dikhuatiri lemas, hilang ketika tangkap ikan di Sungai Pahang

"Namun lebih baik ia (penyakit) dijawab oleh pakar perubatan, tetapi saya telah bercakap dengan perunding dan mereka mengatakan boleh jadi ia ada hubungan dengan kecederaan yang dialami selepas kejadian di lapangan terbang," katanya.

Sebelum ini, tular satu video di laman X (Twitter) memaparkan tindakan seorang anggota polis menendang kepala Mohammed Fahir dalam keadaan marah, selepas ibunya dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran di lapangan terbang.

Menurut laporan antarabangsa, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti, namun ada sumber mengatakan kejadian bermula apabila Mohammed Fahir dan abangnya, Amaad bertindak membela ibu mereka daripada pertengkaran dengan seorang penumpang lelaki semasa penerbangan dari Pakistan ke Manchester.

WhatsApp Image 2024-07-26 at 11.38.48

Mohammed Fahir terbaring lemah selepas kepalanya ditendang polis. — Agensi

Sumber itu berkata, sebaik pesawat mendarat, lelaki yang sama menolak wanita itu dengan trolinya dan membuat kenyataan berbaur perkauman ketika mengambil bagasinya di Terminal 2.

Wanita itu memaklumkan tindakan tersebut kepada Mohammed Fahir dan Amaad, sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berjumpa dengan lelaki itu hingga tercetusnya perbalahan secara fizikal.

Polis kemudian dipanggil ke lokasi dan mengikuti keluarga itu dengan kamera sebelum menangkap mereka berhampiran mesin tunai.

Polis Greater Manchester (GMP) tidak mengeluarkan sebarang rakaman semasa pertemuan itu, malah mereka mendakwa anggota yang terlibat juga telah diserang hingga badannya dihempaskan ke atas lantai.

WhatsApp Image 2024-07-26 at 11.38.24 (1)

Akhmed (tengah) tidak menolak kemungkinan Mohammed Fahir (kiri) mengalami kecederaan di otak akibat insiden itu.

GMP turut memaklumkan, tiga pegawainya memerlukan rawatan hospital termasuk seorang pegawai wanita yang mengalami patah hidung.

Dalam pada itu, golongan penunjuk perasaan mula berkumpul untuk menuntut keadilan sejurus video berkenaan tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, difahamkan anggota polis yang menendang kepala Mohammed Fahir digantung tugas buat masa ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram