'Kita akan uruskan isu diesel dahulu', PM Anwar jelaskan penyasaran subsidi RON95 tidak berbangkit ketika ini


  • Primer
  • Isnin, 22 Jul 2024

Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan kini mengutamakan pemahaman ramai berhubung subsidi diesel.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi membabitkan bahan api RON95 adalah tidak berbangkit ketika ini.

Jelasnya, kerajaan sebaliknya mengutamakan pemahaman orang ramai mengenai subsidi diesel.

"Perkara itu belum dibincangkan. Kita akan uruskan isu diesel dahulu," katanya kepada pemberita semasa Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelbagai langkah sedang diambil untuk meningkatkan hasil kerajaan termasuk perbelanjaan berhemat dan peminjaman untuk tujuan pembangunan.

"Sememangnya, rasionalisasi subsidi adalah usaha komprehensif merangkumi spektrum yang lebih luas untuk membantu mengurangkan pinjaman tahunan kerajaan.

"Usaha lain termasuk menangani rasuah dan menjalankan cara yang lebih cekap untuk menguatkuasakan undang-undang serta usaha percukaian.

"Jika kita tidak melakukannya, pendapatan kita tidak akan meningkat, tetapi hutang kita akan terus meningkat," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram