PELARIAN Rohingya yang dahulunya sering dilabel sebagai gelandangan negara kini mula beralih arah apabila semakin berani menceburkan diri dalam sektor perniagaan.
Lebih merisaukan, kegiatan kumpulan etnik tersebut gagal dikesan pihak penguat kuasa yang sekali gus memudahkan urusan mereka meraih pendapatan melalui hasil negara kita.
Turut berhasil memperdaya masyarakat tempatan, beberapa sektor peniagaan negara dikatakan semakin dikuasai golongan berkenaan ekoran taktik licik serta modus operandi dijalankan.
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura salah rumah, pasangan Rohingya tersengih kena sergah 'owner' di Seremban
BACA LAGI: Rohingya jadi tauke 'car wash', siap upah pekerja warga asing jadi kuli di Klang
Industri sayur-sayuran antara yang paling banyak dimonopoli Rohingya dengan rata-rata premis runcit negara didakwa menerima bekalan daripada mereka.
Perkara itu didedahkan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia yang membuat pemantauan dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara pada Mac lalu.
Jelasnya, pendatang asing warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya terutamanya kini membina rangkaian, dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung negara.
Kebanyakan kawasan diusahakan terletak di pedalaman beberapa negeri antaranya Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Cameron Highlands, Pahang.
Selain itu, tiga lagi sektor perniagaan berikut turut dijadikan lubuk pendapatan bagi golongan pelarian tersebut.
1. Pasar malam
Kelibat Rohingya berniaga di pasar malam semakin jelas kelihatan dengan masyarakat rata-ratanya mula berasa bimbang soal isu keselamatan dan kebersihan barangan makanan yang dijual.
Dipercayai menjalankan perniagaan atas platform kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), perbuatan itu jelas menyalahi undang-undang negara ekoran ketiadaan lesen sah berniaga.
Turut menjadi tumpuan warga asing dari negara lain, rata-rata barangan yang dijual adalah makanan tradisi serta barangan basah dengan harga murah.
Beberapa lokasi perniagaan kumpulan itu sebelum ini pernah diserbu penguat kuasa di sekitar lembah Klang, namun situasi tersebut difahamkan kembali rancak dengan beberapa hantaran tular di media sosial baru-baru ini memaparkan kegiatan individu berkenaan.
2. Pusat cuci kereta
Rohingya turut menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan mencuci kereta.
Hasil tinjauan Majoriti di sekitar Klang, Selangor mendapati, kumpulan etnik itu kini bergelar majikan kepada warga asing lain yang difahamkan lebih selesa bekerja di bawah mereka ekoran upah dan keperluan tempat tinggal disediakan lebih terjamin.
Seorang individu warga Rohingya yang enggan identitinya dikenali berkata, perniagaan dijalankan mendapat sambutan ramai penduduk tempatan dan ia semakin berkembang sejak mula beroperasi sekitar November tahun lalu.
Menganggap ia sebagai salah satu cara membantu warga asing lain mendapatkan pekerjaan, kebanyakan pekerjanya merupakan warga Indonesia, Myanmar dan Nepal.
3. Mangga jeruk dan air kelapa
Lampu isyarat trafik sering dijadikan tumpuan warga Rohingya menjalankan perniagaan jeruk mangga ataupun minuman air kelapa.
Pemilik perniagaan mangga 'Asam Boi Honeyy' sebelum ini tampil membuat laporan polis susulan penularan isu penjualan air kelapa oleh warga Rohingya yang menggunakan jenama produk tersebut.
Kejadian itu tercetus selepas satu video tular di laman sosial pada 2021, memaparkan dua warga Rohingya menyediakan jualan air kelapa di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
Video dipercayai dirakam di sekitar persimpangan jalan 16 Sierra, Puchong, Selangor itu turut menerima kecaman ramai susulan penyediaan air kelapa yang didakwa kotor serta diragui tahap kebersihannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram