TIADA syarat untuk menyokong kerajaan jika ingin mendapatkan peruntukan parlimen, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, beliau menggesa Pembangkang untuk berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung isu peruntukan tersebut.
"Saya telah menjelaskan perkara ini berkali-kali, namun saya masih dihukum. Semua peruntukan kepada ahli Pembangkang di negara demokrasi dipermudahkan melalui rundingan.
BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor
BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah
"Tiada syarat seperti perlu menyokong Perdana Menteri. Saya tidak pernah melakukan itu," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Anwar dalam pada masa sama turut mengimbas kembali rundingan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambil menambah bahawa beberapa pusingan perbincangan telah diadakan sebelum perjanjian itu dimuktamadkan.
"Kepada Pendang, sila maklumkan kepada parti dan percepatkan proses supaya ia tidak lagi menjadi isu dalam Dewan," katanya ketika disoal Datuk Haji Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung hal itu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) meminta nasihat Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasannya.
"Saya sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri. Dua kali secara fizikal dan tiga kali melalui surat rasmi tetapi dimaklumkan saya perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet dan Perdana Menteri.
"Nasihatkan bagaimana saya boleh meneruskan, sama ada di dalam Dewan atau di luar," katanya.
Menjawal soalan itu, Anwar berkata, rundingan harus diadakan secara berkumpulan, bukan secara individu.
Tambahnya, syarat-syarat yang ditetapkan juga menjadi kebiasaan di negara demokrasi.
"Walaupun tidak dipersetujui, satu perbincangan sudah dimulakan.
"Biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi. Mulakan dengan ketua Pembangkang dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Isu peruntukan sama rata telah menjadi bahan perbincangan dengan Pembangkang terus menerus membangkitkan perkara itu.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari kediamannya ke Parlimen untuk mencari keadilan bagi kawasan pilihan raya Pembangkang yang didakwa dilucutkan pembiayaannya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram