SEORANG lelaki berdepan situasi pelik apabila dia dipaksa mengambil wuduk dan menunaikan solat ketika berada di sebuah pusat snuker dekat Arab Saudi baru-baru ini.
Jelasnya, keseronokannya terhenti apabila dia diarahkan berhenti bermain snuker dan terus solat berjemaah di pusat permainan tersebut.
"Kisahnya saya main snuker di Arab Saudi, tengah nak tembak bola tepi lubang taukey snuker tu suruh semua berhenti main, ingatkan kena halau balik rupanya disuruh ambil wuduk.
BACA LAGI: Kerajaan Negeri Sembilan suntik nafas baharu dalam sukan snuker
BACA LAGI: [VIDEO] Jaringan gunting Bellingham bikin seluar penyokong England terlondeh, meja snooker nyaris terbalik
"Semua solat berjemaah sama-sama, kali pertama berjemaah dekat pusat snuker," ciap syaheed_r.
Menganggap ia sebagai perbezaan budaya antara negara, individu berkenaan berkongsi perkara itu di laman Instagram peribadinya pada Isnin.
Dalam pada itu, seorang warganet dipercayai menetap di negara berkenaan berkata, ia merupakan kewajipan bagi penduduk Arab menunaikan solat walau di mana juga mereka berada.
"Dekat Arab Saudi ni tepi eskalator pun saya pernah solat, memang takda masalah asalkan bersih," kata mommy_of_3nurs.
Mengundang perhatian ramai, rata-rata masyarakat Malaysia khususnya menyifatkan ia sebagai satu perkara baik yang wajar dijadikan contoh.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram