Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri


  • Politik
  • Isnin, 08 Jul 2024

Umno dilihat masih gagal menawarkan sebarang naratif yang lebih meyakinkan untuk pengundi Melayu bagi kembali mengalihkan sokongan kepada mereka. — Gambar hiasan

SELEPAS selesai pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Sabtu lalu, politik negara akan mengharungi satu lagi PRK yang akan berlangsung di DUN Nenggiri, Kelantan.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Nenggiri kosong selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos diumumkan sebagai hari mengundi.

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

Umno menjadi antara pihak terawal menyatakan kesediaan dan keyakinan mereka untuk bersaing bagi merampas kembali kerusi berkenaan.

Hal itu bukan sesuatu yang pelik dengan mengambil kira status kerusi berkenaan yang secara tradisinya dikuasai Umno di bawah Barisan Nasional (BN) selama empat penggal berturut-turut sejak ia pertama kali dipertandingkan pada 2004.

Tambahan pula, kekalahan pertama kali dicatatkan mereka di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Ogos tahun lalu juga agak tipis iaitu hanya sekitar 800 undi.

Kelantan State Assembly Speaker Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (centre) during a special press conference at his office at Kota Darul Naim Complex, today.He confirmed that the Nenggiri state assembly seat is vacant starting today after the Kelantan state assembly received a written notice in accordance with clause (3) of Article 31A of the Constitution from Nenggiri state assemblyman Mohd Azizi Abu Naim on June 13.KOTA BHARU, 19 Jun -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (tengah) ketika sidang media khas di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.Beliau mengesahkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula hari ini selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mohd Amar (tengah) ketika mengesahkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Untuk rekod, pada PRN lalu, Mohd Azizi yang mewakili BERSATU di bawah Perikatan Nasional memperolehi 6,517 undi manakala calon Umno/BN, Ab Aziz Yusoff pula merekodkan 5,707 undi.

Dengan mengambil kira situasi tersebut, tidak pelik sekiranya Umno dilihat menunjukkan keyakinan mereka bagi kembali menguasai kerusi berkenaan yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang.

Di sebalik kesediaan awal ditunjukkan itu, Umno dijangka berdepan cabaran besar untuk merealisasikan kebangkitan tersebut.

Ini kerana pengaruh parti berkenaan di kawasan berkenaan dilihat menunjukkan trend kemerosotan khususnya sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 yang menyaksikan kekalahan mengejut veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang.

2769343

Mohd Azizi Abu Naim

Pada PRU berkenaan, Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li, tewas dengan undi majoriti yang sangat tipis iaitu 163 undi.

Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan sebelum itu menduduki kerusi Parlimen Gua Musang selama lapan penggal berturut-turut sejak 1986.

Trend penurunan cengkaman Umno di kerusi berkenaan itu juga berterusan dalam PRN yang berlangsung tidak sampai setahun kemudian pada tahun lalu apabila parti itu kehilangan dua daripada tiga kerusi di bawah Parlimen berkenaan termasuk Nenggiri.

Kekalahan tersebut berpunca antara lain kerana tindakan sebahagian besar pengundi Umno yang mula mengalihkan sokongan mereka terhadap PAS yang kini bersama Perikatan Nasional (PN) kerana kecewa dengan prestasi parti.

Trend tersebut yang dikenali sebagai gelombang hijau dan bermula pada PRU15 itu bukan sahaja dirasai di Kelantan, tetapi di beberapa negeri lain seperti Terengganu, Kedah dan termasuk Pulau Pinang.

Pada waktu ini, trend tersebut dilihat masih belum menunjukkan sebarang tanda perubahan meskipun rata-rata penganalisis menyatakan gelombang tersebut berkemungkinan sudah mencapai kemuncak pada PRN lalu.

Ini terbukti melalui kemenangan besar diperoleh PN dalam PRK Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih besar hasil daripada sokongan pengundi Melayu.

photo1720431937

Tengku Razaleigh Hamzah

Jika di Sungai Bakap, wakil Kerajaan Perpaduan boleh mengharapkan elemen pengundi bukan Melayu untuk mendapatkan sokongan, namun situasi di DUN Nenggiri boleh dikatakan agak berbeza.

Ini kerana pentas PRK DUN Nenggiri akan menyaksikan undi Melayu menjadi faktor penentu utama kepada kemenangan.

Dalam keadaan Umno dilihat masih gagal menawarkan sebarang naratif yang lebih meyakinkan untuk pengundi Melayu bagi kembali mengalihkan sokongan kepada mereka.

Tambahan pula, Umno yang kini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan tentunya akan terpalit dengan beberapa isu besar antaranya seperti penyasaran subsidi, kenaikan harga barang dan termasuk imej integriti kepimpinan parti yang masih belum pulih.

Situasi ini pastinya akan menambahkan lagi kekecewaan terhadap bukan sahaja penyokong Umno yang sebelum ini mengundi PN, tetapi juga mereka yang masih bersetia di belakang parti ketika PRN lalu.

Disebabkan itu, Umno berpotensi untuk tewas dengan majoriti undi lebih besar sekiranya mereka gagal untuk hadir dengan tawaran yang lebih bermakna dan meyakinkan buat pengundi di Nenggiri pada PRK kali ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram