Rafizi tepis dakwaan prestasi ringgit, pasaran saham negara tak stabil


  • Primer
  • Khamis, 18 Jul 2024

Prestasi ringgit adalah kedua terbaik di Asia dan dijangka terus mengukuh menjelang akhir tahun ini. — Gambar hiasan

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menepis dakwaan segelintir pihak yang menyatakan bahawa prestasi ringgit dan pasaran saham negara berada dalam keadaan tidak stabil.

Beliau sebaliknya berkata, prestasi ringgit adalah kedua terbaik di Asia dan dijangka terus mengukuh menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, ringgit pada 17 Julai mengukuh kepada 4.6652 berbanding 4.7931 pada 18 April.

BACA LAGI: Bekas SU Politik Hamzah Zainuddin hadapi 2 lagi tuduhan rasuah

BACA LAGI: Pengundi luar bukan alasan, PN tak perlu buat petisyen — Pakar politik

"Ringgit turun, saham turun, pelabur lari! Faktanya tidak begitu.

"Indeks Komposit iaitu indeks saham syarikat terbesar terus naik sejak setahun lalu kepada 1,633 mata, iaitu peningkatan 21.09 peratus dalam setahun," katanya menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman X (Twitter) pada Khamis.

Jelas Rafizi, Indeks Emas iaitu indeks saham syarikat modal pertengahan terus naik dan kini mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Ujarnya lagi, Indeks Emas mencecah 12,678 mata iaitu peningkatan 26.32 peratus dalam setahun.

"Kita tidak boleh meyakinkan 'walaun' dengan data dan fakta, tetapi kita boleh sebarkan fakta ini untuk menyelamatkan rakyat daripada pembodohan," tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Rosol Wahid (PN Hulu Terengganu) pada Rabu berkata, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh seolah-olah tidak menyedari bahawa situasi kenaikan harga barang ketika ini berada dalam situasi yang buruk.

“Tak tahulah timbalan menteri ini berada di planet lain barangkali. Diesel naik, SST naik, tarif elektrik naik.

“Yang turun, telur, Alhamdulillah turun tiga sen Yang Dipertua. Ringgit turun, saham turun, pelabur lari, beras tempatan sampai sekarang ‘ghaibul ghuyub’,” katanya dalam nada sinis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram