Ahli Parlimen wajib buat pemeriksaan kesihatan sebelum 11 November sebelum nama didedahkan


  • Primer
  • Rabu, 17 Jul 2024

Ahli Parlimen dibenarkan membuat saringan kesihatan di klinik Parlimen atau mana-mana kemudahan swasta.

SEMUA ahli Parlimen perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mandatori selewat-lewatnya pada 11 November depan, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Menurut beliau, sekiranya gagal berbuat demikian, nama mereka akan disiarkan di laman web rasmi Parlimen.

“Saringan perubatan ini diwajibkan kepada semua ahli Parlimen dan tarikh terakhir ialah Isnin, 11 November,” katanya dalam permulaan persidangan Dewan Rakyat, pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Selain MyKad, minta tunjuk aplikasi MySejahtera elak pelancong Indonesia ambil kesempatan beli tiket murah

BACA LAGI: Covid-19 naik hampir 2 kali ganda, pakar jelas jumlah penularan bukan satu-satunya petunjuk tahap keseriusan jangkitan

Johari Abdul

Jelas Johari, maklumat yang diperlukan mengenai saringan kesihatan itu terkandung dalam surat yang dikeluarkan kepada ahli Parlimen baru-baru ini.

Ujarnya, mereka juga perlu mendapatkan maklumat lanjut daripada ketua klinik Parlimen dan Penasihat Kesihatan Parlimen, Dr Murugesu Raju.

"Ahli Parlimen akan dibenarkan membuat saringan kesihatan di klinik Parlimen atau mana-mana kemudahan swasta.

“Ia akan banyak membantu dalam menilai status kesihatan mereka dan membolehkan langkah pencegahan segera diambil.

“Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menjalankan saringan dan tanpa pengecualian, semua ahli Parlimen diberikan surat saringan kesihatan,” katanya.

Johari sebelum ini berkata, beliau pada tahun lalu melihat sekurang-kurangnya 11 ahli Parlimen tumbang semasa berada di Dewan Rakyat sejak 15 tahun lalu. — The Star/TARRENCE TAN/ RAGANANTHINI VETHASALAM/ GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

​​​​​​