SEPASANG suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa Barat, Indonesia pada Selasa.
Penduduk kampung menemui mayat kedua-duanya sudah hampir reput kerana dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.
Menurut salah seorang jiran, anak pasangan berkenaan sudah beberapa hari tidak datang melawat orang tuanya yang sakit.
BACA LAGI: [VIDEO] Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam longkang tepi kedai tayar di Batu Pahat
Tak Ada Anak yang Jenguk, Sepasang Lansia di Bogor Ditemukan Membusuk di Kamar
Anak-anak mereka tidak pernah menjenguk, meskipun lansia tersebut sedang sakit. Tetangga yang curiga memaksa masuk setelah tidak melihat mereka keluar rumah selama beberapa hari.#beritaviral... pic.twitter.com/wPzOIwEZmz
— Fakta Indo (@_faktaindo) July 16, 2024
"Jiran tetangga mulai curiga kerana mereka tidak keluar rumah sejak beberapa hari lalu.
"Kami kemudian cuba memeriksa (keadaan suami isteri itu) dengan mengintai ke dalam rumah.
"Jiran-jiran berasa curiga kerana tiada sebarang bunyi pergerakan di dalam rumah," katanya.
Jasad suami isteri tersebut dijumpai dalam keadaan membusuk dan dihurung lalat. — Agensi
Susulan itu, orang ramai sebulat suara untuk memecah masuk pintu rumah berkenaan untuk melihat keadaan sebenar pasangan warga emas itu.
Video kejadian yang memaparkan sekumpulan penduduk kampung memasuki rumah tersebut turut dikongsikan di laman sosial pada Selasa.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati jasad suami isteri tersebut dijumpai dalam keadaan membusuk dan sudah dihurung lalat.
Klip berdurasi seminit 36 saat itu juga menunjukkan rumah dan bilik mereka berselerakan dan terabai.
Seorang lagi jiran memberitahu media tempatan bahawa pasangan itu tinggal bersendirian dan anak mereka yang tinggal berjauhan juga sudah lama tidak mengunjungi mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram