[VIDEO] Dah bertahun-tahun tahu ada masalah 'orang dalam', DBKL hanya kata akan siasat — Persatuan peniaga


  • Massa
  • Ahad, 14 Jul 2024

Peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur menyuarakan kekecewaan selepas DBKL membekukan permohonan baharu lesen perniagaan mereka bermula awal tahun ini.

ISU mengenai ‘orang tengah’ yang mengaut keuntungan ribuan ringgit dengan memperbaharui lesen perniagaan peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur sudah diajukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 9 Julai lalu.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan secara empat mata bersama pengurusan tertinggi DBKL untuk membincangkan tentang permasalahan tersebut.

Menurutnya, oracle (orang tengah) yang menggunakan alamat palsu untuk memperbaharui lesen perniagaan para peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur mengaut keuntungan lebih RM4,000 untuk satu premis.

BACA LAGI: Curang, mentua antara punca utama pasangan muda bercerai

BACA LAGI: Ayat stereotaip permulaan curang, peguam syarie dedah skandal bermula di pejabat buat ramai suami tersakiti

"Oracle (orang tengah) ini memang buat kerja tidak betul. Dia daftar yang pertama untuk buat lesen, bila sudah tidak boleh perbaharui, dia keluarkan lesen perniagaan menggunakan alamat lain.

"Syarikat yang sama, cuma tukar alamat premis, jadi lepas habis setahun, mereka akan buat alamat lain.

"Saya pun tidak faham bagaimana oracle mengeluarkan lesen kepada setiap premis yang aktif kerana lesennya sentiasa berubah alamat, patut kena keluarkan lesen guna alamat sama," katanya kepada Majoriti.

STOK1

​​​​​​Saifuldin menujukkan lesen perniagaan PBT milik perniagaannya yang sudah tamat tempoh.

Menurutnya, isu 'orang tengah' yang mengambil kesempatan untuk memperbaharui lesen peniaga sudah berlarutan sekian lama, namun masih belum berjaya diselesaikan.

Beliau juga tidak menafikan kewujudan 'orang dalam' di sebalik isu tersebut menyukarkan untuk pihak berkaitan mencari titik penyelesaian.

"Isu 'orang tengah' dalam bisnes pasar borong ini dah bertahun-tahun jadi. Bukannya kita tak pernah maklumkan.

"Sebab itulah sekarang ini kita tengok macam-macam kes rasuah melibatkan anggota dan pegawai PBT yang dilaporkan media," tegas beliau.

Mengulas lanjut mengenai pembekuan bagi permohonan baharu lesen perniagaan para peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur, Rosli berkata, DBKL memaklumkan pihaknya akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada peniaga di kawasan tersebut.

Bagaimanapun ujarnya, agensi itu masih belum menerangkan secara teliti berhubung jenis kelonggaran yang akan diberi.

"Ada kelonggaran untok mohon lesen premis, tetapi saya sendiri belum pasti kelongaran macam mana DBKL (akan) beri," maklumnya.

Seen a few worker doing their job at Dewan Bandaraya Kuala Lumpur building in Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

DBKL akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran permohonan lesen baharu kepada peniaga di kawasan tersebut.

Majoriti pada 7 Julai lalu melaporkan, sebahagian besar peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur menyuarakan kekecewaan selepas DBKL membekukan permohonan baharu lesen perniagaan mereka bermula awal tahun ini.

Menurut salah seorang peniaga di pasar borong tersebut, Saifuldin Osman, 55, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan permohonan baharu menyebabkan peniaga tidak dibenarkan untuk memohon lesen daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menjual barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung.

Ujarnya, mereka hanya dimaklumkan langkah itu dibuat susulan kawasan tersebut dimonopoli oleh peniaga warga asing.

DBKL masih belum memberikan respons terhadap aduan itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram