SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan pada Ahad.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu cuba melarikan diri dari lokasi kejadian namun dipercayai terbabas selepas penduduk kampung cuba mengejarnya.
Kejadian tersebut turut dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian, sebelum dikongsikan di media sosial pada hari yang sama.
BACA LAGI: 'Yang rugi Johor', Malaysia beri ‘subsidi’ air mentah RM39 juta setahun kepada Singapura
BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri
KELANTAN 13/07/2024.
Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas siang tadi.
Menurut sumber awam, kereta tersebut dipercayai cuba melarikan diri namun dikatakan terbabas selepas dikejar orang awam.
Memetik komen pengguna Facebook,... pic.twitter.com/1n6Qcn6srD
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 13, 2024
Berdasarkan rakaman tersebut, pemandu kenderaan itu dilihat sudah berada di dalam sebuah parit, sambil memandang ke arah orang ramai.
Lelaki berkenaan hanya kaku dan meniarap di situ dengan wajah yang keliru.
Orang ramai berada di lokasi kemalangan di Kampung Banggol Setol.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram