Ayat stereotaip permulaan curang, peguam syarie dedah skandal bermula di pejabat buat ramai suami tersakiti


  • Massa
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Curang menjadi antara punca peningkatan perceraian suami isteri di Malaysia.

JIKA kebiasaannya rakyat Malaysia banyak disajikan dengan kisah suami curang, nampaknya trend sudah mula menunjukkan sebaliknya.

Dahulu kita sering mendengar terma isteri yang tersakiti tetapi kini sudah bertukar pula menjadi suami tersakiti.

Berkongsi mengenai perkembangan tersebut, Peguam Syarie, Roshdan Sujak mengakui, curang menjadi antara punca peningkatan perceraian suami isteri di Malaysia.

BACA LAGI: Curang, mentua antara punca utama pasangan muda bercerai

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai difilemkan, suspek kes bunuh Vina 8 tahun lalu bukan anak pegawai polis Indonesia

Menurutnya, perubahan gaya hidup dan suami isteri kurang menitikberatkan batas pergaulan sesama rakan berlainan jantina menyumbang pada peningkatan tersebut.

"Berdasarkan peningkatan (kes perceraian) sejak sekitar 2015 lagi, perkara yang paling merunsingkan adalah meningkatnya kecurangan yang berlaku dalam kalangan para isteri.

"Sebelum ini kita terbiasa dengan fakta suami lebih ramai curang, namun kini kecurangan isteri tidak lagi menjadi sesuatu yang luar biasa.

"Jika dahulu kisah kecurangan isteri jarang berlaku dan menjadi satu perkara yang amat keji di mata masyarakat, namun kini ia seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan.

"Ia juga menjadi punca utama perceraian di mahkamah. Pendek kata, kes-kes yang melibatkan kecurangan isteri meningkat dan dikatakan hampir sama dengan (jumlah) kecurangan suami," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-05-17 at 20.58.13

Terdapat pandangan bahawa kebanyakan skandal banyak bermula dari tempat kerja.

Selain mempunyai hubungan dengan kenalan lama, Roshdan tidak menafikan, banyak kes curang juga berlaku disebabkan pasangan mempunyai skandal di tempat kerja.

"Suami atau isteri terutamanya perlu sedar akan status masing-masing dan mengelakkan pergaulan melebihi batasan hingga boleh menjerumuskan diri ke arah kecurangan.

"Jika suami atau isteri sendiri yang memberikan peluang untuk didekati, tidak mustahil wujudnya orang ketiga dalam perhubungan mereka," ujarnya.

Sementara itu, seorang pengguna laman Facebook, Azizul Zairi turut berkongsi pandangannya berhubung topik curang melibatkan pasangan suami isteri.

Catatan yang dikongsikan individu berkenaan memberitahu bahawa kebanyakan skandal banyak bermula dari tempat kerja.

Ujarnya, rata-ratanya bermula dengan hasrat untuk berkawan semata-mata.

WhatsApp Image 2024-05-17 at 18.10.21

Roshdan tidak menafikan, banyak kes curang juga berlaku disebabkan pasangan mempunyai skandal di tempat kerja.

"Yakinlah bahawa kebanyakannya kalau kita selidik bukan niat nak curang pun. Ramai bermula dengan ayat 'alah relakslah, kawan kerja sahaja, itupun nak cemburu ke?'

"Kadang akan keluar ayat biasa 'dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah' atau 'eh dia tu suami orang lah, tak hadaplah sis'.

"Nampak mudah tetapi daripada ayat-ayat yang stereotaip inilah akhirnya membunuh sebuah kepercayaan," katanya.

Azizul turut berkongsi antara detik permulaan kemesraan tersebut bermula dengan gurauan dengan keletah manja, sebelum berkongsi masalah rumah tangga masing-masing.

"Yang suami mula rasa isteri di rumah tidak sekepala. Sibuk layan anak sahaja dan tiada masa bermanja.

"(Mulalah suami) rasa isteri sudah tidak bagi layanan mesra macam awal kahwin dulu. Masa itu isteri membebel sikit pun dah rasa meluat.

"Di pihak perempuan pun mula kongsi isu di rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah tapi suami pulang lewat malam, babak kesepian bermula. Mula penat urus rumah seorang," ceritanya.

Black woman talking with lover on mobile phone in bed while husband sleeping, cheating in relationships concept. African american woman showing shh gesture at camera while having conversation on phone

Kes-kes yang melibatkan kecurangan isteri meningkat dan dikatakan hampir sama dengan jumlah kecurangan suami. — Gambar hiasan

Sehubungan itu, suami isteri dinasihatkan untuk pandai membawa diri, tidak terlalu beramah mesra dan berkawan seadanya.

Ujarnya, kepada para wanita, tidak perlu terhegeh-hegeh meluah cerita kepada rakan lelaki.

"Sebelah lelaki, boleh dah berhenti melayan sangat orang perempuan (yang) bermodalkan air mata sedih kononnya semua masalah dunia ini dia seorang yang hadap," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram