TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Ahad menegaskan bahawa parti itu tidak memberi jaminan akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Beliau berkata, Umno ketika ini tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.
Sebaliknya jelas Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat, mereka hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan yang kuat dan mantap bagi menguruskan hal ehwal negara.
BACA LAGI: PN makin bergolak menjelang PRK DUN Nenggiri?
BACA LAGI: Protes keluar Dewan ketika persidangan Parlimen budaya politik tak sihat
Teka-teki sama ada Umno bergerak solo atau membentuk kerjasama dengan parti lain ketika PRU16 masih belum terjawab.
Sebelum itu juga, beliau dilaporkan berkata, keputusan mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Ujarnya, ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) parti itu yang mana setiap keputusan dibuat adalah keputusan bersama.
"Saya yakin Presiden Umno selaku Pengerusi BN akan membawa perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN kerana itu merupakan SOP kita.
"Jadi selagi belum ada mesyuarat daripada jawatankuasa tertinggi kepimpinan BN, banyak andaian boleh dibuat," katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat yang menyifatkan Tok Mat seolah-olah memberi gambaran kepimpinan Umno ketika ini semakin tidak selari dengan pegangan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ini kerana, Ahmad Zahid pada 8 Julai lalu menegaskan bahawa isu melibatkan kerjasama antara BN dan PH ditamatkan tidak berbangkit.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, kerjasama yang dimaksudkan Mohamad adalah dari segi perancangan bagi memastikan tidak timbul permasalahan saat akhir, terutama berhubung pembahagian kerusi Kerajaan Perpaduan.
Gerak kerja PRU16 dibuat lebih awal. — Gambar hiasan
Meninjau ke laman sosial, rata-ratanya mula beranggapan kepimpinan tertinggi Umno sudah mula tidak sependapat dalam hal tertentu, khususnya berkaitan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
"Presiden cakap lain, timbalan cakap lain, macam sudah tak 'serumah' saja sekarang ini," kata Sarikie.
Ada juga yang mendakwa, situasi itu juga sengaja dibuat sebagai 'langkah selamat' yang diambil parti itu bagi memberi kelebihan kepada mereka.
"Play safe ini, tunggu lepas PRU16 baru ada cerita tawar-menawar," ujar Acunz AJ.
"(Umno) Nak main selamat ni, mereka dah nampak Kerajaan Perpaduan macam nak lingkup PRU akan datang. Mungkin sebab itu ada macam-macam kenyataan. Sini cakap lain, sana cakap lain," tulis Adain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram