Wanita Miri hilang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di Hulu Selangor


  • 112
  • Isnin, 15 Jul 2024

Mangsa dilaporkan hilang dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada pada Rabu. — Facebook

WANITA berasal dari Miri, Sarawak yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor pada Isnin, lapor Harian Metro.

Mayat mangsa, Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

BACA LAGI: Wanita Miri hilang masih tiada khabar berita, rakan dedah ibu belum bercadang ke Semenanjung

BACA LAGI: Wanita Miri hilang lepas hantar kereta sewa di Tanjung Malim

photo_2024-07-15_20-47-11_1721049233

Nur Farah Kartini yang ditemukan maut pada Isnin. — Polis

Menurutnya, polis sudah melakukan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, rakan baiknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan menerima berita duka itu.

"Ya saya tahu (dia meninggal dunia)," katanya kepada Majoriti.

Difahamkan wakil syarikat yang merupakan tempat kerja mangsa kini dalam perjalanan ke balai polis berkenaan untuk mengesahkan maklumat berhubung kematian Nur Farah.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan hilang dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu lalu.

Mangsa juga difahamkan, bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram