WANITA yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan pada Selasa lalu, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Abang mangsa, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, memberitahu adiknya, Siti Norelyana, 21, yang berada dalam pemantauan rapi petugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu menunjukkan perkembangan baik.
“Alhamdulillah adik saya stabil dan doktor memaklumkan ada peluang untuk dia sembuh. Organ dalaman dia juga baik-baik sahaja, syukur Allah jaga dia,” katanya menerusi aplikasi TikTok miliknya pada Khamis.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tersepit bawah tayar kereta ditimpa kayu balak dekat Gua Musang
BACA LAGI: Bapa Baby Syifa ditahan polis, disyaki terlibat kes seleweng yuran guaman
Kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dihempap kayu balak
Majoriti pada Rabu melaporkan satu kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dihempap kayu balak yang dibawa sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan berpunca daripada ’turn-table’ lori balak itu patah ketika mengambil selekoh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram