Bapa Baby Syifa ditahan polis, disyaki terlibat kes seleweng yuran guaman


  • 112
  • Rabu, 10 Jul 2024

Bapa Baby Syifa ditahan polis pada Selasa susulan kes penyelewengan yuran guaman. — Gambar hiasan

POLIS menahan bapa kepada seorang bayi yang meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022 dikenali sebagai Baby Syifa pada petang Selasa susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BACA LAGI: Nik Nazmi buat laporan polis, nafi terlibat skim pelaburan guna nama dan gambar di Telegram

BACA LAGI: 'Puas tutup aurat tapi terbuka tanpa sedar', pengunjung dakwa bilik mandi hotel di Cameron Highlands tak selamat

msg1050426791-34996

Kes Baby Syifa yang tidak henti diperjuangkan bapanya.

Bapa Baby Syifa yang juga merupakan aktivis dalam memperjuangkan kes penganiayaan sebelum ini didakwa menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai kepada akaun syarikatnya, YY Community Center.

Bekas peguam keluarga Baby Syifa, Hafiz Norkhan bagaimanapun menafikan bahawa wang tersebut digunakan dalam proses mewakili kes tersebut.

Hafiz pada masa sama mengakui bahawa tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya menyedarinya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram