Belanjawan 2025 dijangka dibentang 18 Oktober ini


  • Primer
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Anwar dijangka membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan.

BELANJAWAN 2025 dijangka dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, itu adalah tarikh yang ditetapkan setakat ini.

“Insya-ALLAH sidang Parlimen akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober.

“Ini adalah tarikh yang ditetapkan setakat ini, sekiranya ada apa-apa perubahan kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

Sidang Parlimen akan bermula pada 14 Oktober depan.

Beliau berkata, dalam mesyuarat Kabinet, Perdana Menteri juga mengarahkan agar diadakan sesi penglibatan dan dialog dengan pihak berkepentingan.

“Adalah penting bagi kami untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada industri dan pihak berkepentingan supaya mereka memperoleh manfaat daripada dasar dan insentif yang kami sediakan di samping menangani cabaran yang dihadapi,” ujarnya.

Fahmi berkata, Kementerian Kewangan akan mengkaji semula maklum balas dan cadangan daripada pihak berkepentingan untuk melihat cara terbaik ia boleh dimasukkan dalam Belanjawan tersebut.

Belanjawan 2025 akan berpandukan kepada beberapa asas tertentu, termasuk pendekatan memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat, bagi membolehkan usaha meningkatkan penyediaan kemudahan kepada rakyat.

Bertemakan ‘Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, Anwar berkata, perencanaan belanjawan tersebut tidak akan lari daripada hala tuju ekonomi negara seperti yang diumum sebelum ini, termasuk Pelan Perindustrian Baharu Negara (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). — The Star/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram