SATU kemalangan ngeri berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dirempuh kayu balak bersaiz besar yang jatuh dari sebuah lori yang sedang bergerak dalam kejadian dekat sebuah persimpangan lampu trafik dekat Gua Musang Kelantan pada Selasa.
Kejadian tersebut turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi kejadian.
Berdasarkan klip tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang menaiki motosikal dan menunggu isyarat lampu trafik di lorong kanan persimpangan terbabit.
BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri
Semoga adik tu terselamat. Kesian sungguh dia.
Benda ngeri ni memang kita selalu terbayang (aku la) tapi jarang berlaku.
Kejadian balak jatuh dari lori, dipercayai di Gua Musang.
Kita harap @anthonyloke @MOTMalaysia dan @anwaribrahim lebih serius dalam menangani kisah-kisah... pic.twitter.com/vwNiPAMLLm
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) July 9, 2024
Bagaimanapun, beberapa batang kayu balak bersaiz besar kemudian secara tiba-tiba terjatuh ke arah laluannya dari arah seberang jalan dan merempuh tubuh wanita berkenaan.
Impak daripada rempuhan berkenaan, wanita berkenaan dilihat terseret di atas jalan sebelum tersepit di bawah tayar kenderaan pacuan empat roda yang berada di sebelahnya.
Menerusi video berkenaan, kaki wanita tersebut didapati masih bergerak-gerak.
Namun, status kecederaannya tidak dapat dipastikan.
Orang ramai kemudiannya dilihat cuba untuk memberikan bantuan untuk mengeluarkan mangsa.
Lori membawa muatan kayu balak yang jatuh dalam kejadian tersebut.
Menerusi perkongsian di media sosial, lori membawa muatan balak itu juga dilihat masih berada di lokasi.
Dalam pada itu, media melaporkan, mangsa yang dikenal pasti sebagai Siti Norelyana Kamaruzan, 21, dilaporkan parah dan mengalami kecederaan dalaman serta sedang dirawat di Hospital Gua Musang, Kelantan.
Ketika kemalangan, mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya dekat Bandar Utama Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo turut mengesahkan mengenai kejadian tersebut yang berlaku sekitar pukul 11.20 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram