SEORANG wanita dilaporkan maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang lampu di Jalan Paya Terubong, Relau, Pulau Pinang pada Jumaat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 pagi yang memaklumkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an tersepit di kerusi bahagian pemandu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri
BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. — Facebook
Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum pasukan perubatan mengesahkan wanita tersebut sudah meninggal dunia.
"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram