'Yang rugi Johor', Malaysia beri ‘subsidi’ air mentah RM39 juta setahun kepada Singapura


  • Massa
  • Jumaat, 12 Jul 2024

‘Subsidi’ air mentah yang Malaysia beri kepada Singapura sejak tahun 1962 hingga 2023 berjumlah RM2.37 bilion.

MALAYSIA memberi ‘subsidi’ RM39 juta setahun kepada Singapura dengan menjual air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ‘subsidi’ air mentah yang Malaysia beri kepada Singapura sejak tahun 1962 hingga 2023 berjumlah RM2.37 bilion.

Beliau malah melabel Malaysia sebagai 'negara subsidi'.

BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri

BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri

tun m

Tun M melabel Malaysia sebagai 'negara subsidi'.

“Kita bukan sahaja beri subsidi kepada rakyat, tetapi juga kepada negara asing. Sehingga kini kita masih jual air mentah dengan harga tiga sen (untuk) 1,000 gelen.

“Perkiraan menunjukkan yang Singapura dapat subsidi sebanyak RM39 juta setahun dari Malaysia (Johor) berbanding jika (jualan air) berharga 45 sen untuk 1,000 gelen sehari sejak dari permulaan penjualan 250 juta gelen sehari.

“Yang rugi ialah negeri Johor kerana air disedut dari sungai Johor. Nasihat saya jual air mentah Johor pada harga tiga sen (bagi) 1,000 gelen sehingga kiamat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ketika ini, Singapura membeli air mentah dari Johor pada harga tiga sen setiap 1,000 gelen dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram