KETUA Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal mengucapkan tahniah kepada pengundi Sungai Bakap selain turut mengingatkan para pemimpin agar tidak sombong.
Kenyataan sinis itu difahamkan ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli susulan kekalahan parti tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Sabtu.
"Formula bahlol dan bodoh dari raja formula telah mendatangkan hasil di Sungai Bakap. Tahniah rakyat Sungai Bakap. Pemimpin jangan sombong dengan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
BACA LAGI: Warga maya buat kesimpulan 'janji tinggal janji' punca utama PH kalah PRK Sungai Bakap
BACA LAGI: Malang sungguh calon terpaksa pikul 'dosa' PKR — Hassan Karim
Ia susulan kenyataan berani dibuat Rafizi Ramli yang menggelar pengkritik sebagai 'bahlol' dan 'bodoh' kerana mempersoalkan formula kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan isu ekonomi negara pada hari terakhir kempen PRK Sungai Bakap lalu.
Bagaimanapun, ungkapan itu nampaknya memakan diri selepas Pakatan Harapan (PH) tewas di kerusi berkenaan.
Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) mempertahankan kerusi itu selepas calonnya, Abidin Ismail menewaskan Joohari Ariffin dari PH dengan majoriti 4,267 undi berbanding 1,563 undi pada pilihan raya sebelumnya.
PRK Sungai Bakap diadakan selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari PAS, meninggal dunia pada 24 Mei lalu akibat radang perut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram