[VIDEO] Berang staf tak ikut arahan, bos campak makanan masak banyak tak habis


  • Tular
  • Isnin, 08 Jul 2024

Tangkap layar kekecohan membabitkan seorang pemilik restoran yang memarahi pekerjanya dipercayai kerana tidak mematuhi arahan.

SEORANG pemilik restoran bertindak luar kawalan apabila sanggup mencampak dan membaling makanan di premisnya gara-gara berang dengan pekerjanya yang didakwa ingkar arahan.

Kejadian itu dipercayai tercetus selepas pekerjanya dikatakan memasak tanpa mengikut sukatan dan masa ditetapkan yang sekali gus mengundang pembaziran.

Gagal mengawal kemarahan, individu berkenaan terus mencampakkan bekas hidangan tersebut sambil memaki pekerjanya ketika kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya memang rancang nak makan otaknya,' lelaki dengar bisikan suruh tetak, hisap darah ahli keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Video berdurasi seminit empat saat itu tular di laman sosial dan meraih perkongsian warganet sejak Ahad.

"Aku cakap berapa kali aku cakap dah, buat masak jangan banyak-bantak kejap lagi pukul 10 orang rehat baru buat lagi sekali.

"Aku cakap dengan mulut, jangan buat banyak-banyak jap lagi buat lain, nak bagi makan sedap, benda tak habis nanti semua yang jadi siapa yang tanggung," katanya.

Dalam pada itu, segelintir warganet turut mengecam pelaku yang dikatakan tidak menghormati rezeki makanan selain turut berpelakuan biadab terhadap pekerjanya.

Premis berkenaan dipercayai bertempat di sekitar bangunan pejabat Kuala Lumpur namun, belum ada sebarang penjelasan lanjut dibuat individu tersebut berhubung isu itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram