Rohingya jadi tauke 'car wash', siap upah pekerja warga asing jadi kuli di Klang


  • Massa
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Warga Rohingya makin menguasai sektor perniagaan cuci kereta di lembah Klang, Selangor.

KEHADIRAN pelarian etnik Rohingya yang menetap di Malaysia semakin bertambah dengan kelibat mereka kelihatan sentiasa berkeliaran di sekitar kawasan ibu negara.

Meskipun hanya diberikan penempatan sementara dalam negara, namun golongan itu dipercayai mula menguasai sektor perniagaan dan pekerjaan tempatan menerusi kegiatan haram dijalankan.

Tinjauan Majoriti di sekitar Klang, Selangor mendapati segelintir daripada mereka mula menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan mencuci kereta.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga Rohingya ditahan cabul pelajar di pasar raya

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura salah rumah, pasangan Rohingya tersengih kena sergah 'owner' di Seremban

Lebih mengejutkan apabila kumpulan pelarian itu kini mampu membayar pekerja warga asing dari negara lain yang sekali gus menjadikan diri mereka sebagai 'tauke' dalam perniagaan tersebut.

Seorang individu warga Rohingya yang enggan identitinya dikenali berkata, perniagaan dijalankan mendapat sambutan ramai penduduk tempatan dan ia semakin berkembang sejak mula beroperasi sekitar November tahun lalu.

Menganggap ia sebagai salah satu cara membantu warga asing lain mendapatkan pekerjaan, kebanyakan pekerjanya merupakan warga Indonesia, Myanmar dan Nepal.

photo_2024-07-06_01-11-27

Warga Rohingya menjalankan perniagaan mencuci kereta.

"Sini bisnes sangat baik, warga Nepal dan Myanmar senang bekerja, kasi mereka duit kerja cuci kereta untuk bantu semua.

"Ramai orang tempatan yang datang mencuci di sini, walaupun kami banyak yang warga asing tetapi tak pernah buat masalah, cuci dengan baik jadi semua pun suka.

"Kami punya harga paling murah di sini, ada yang lebih mahal tapi kedai kami tak nak letak terlalu mahal sebab kedai kami kecil sahaja," katanya kepada Majoriti.

Jelasnya, perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan bermula daripada warga tempatan namun, mula mengambil alih selepas bekas majikannya berpindah ke lokasi lain.

Ketika disoal tentang lesen perniagaan dan taraf warganegara pekerjanya, individu berkenaan hanya berdiam diri dan terus mengelak daripada ditanya lanjut.

Kesemua mereka dipercayai tinggal di sebuah rumah sewa berhampiran premis berkenaan dan waktu operasi adalah dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.

photo_2024-07-06_01-11-18

Beberapa individu warga asing bekerja di sebuah premis mencuci kereta.

Untuk rekod, jenayah membabitkan Rohingya dalam negara kian meruncing dengan terbaharu, seorang etnik pelarian tersebut didakwa mencuri barang kemas dari sebuah kediaman di Gombak, Selangor pada Februari lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika tuan rumah keluar bekerja, namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan kegiatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu mendakwa telah meninggalkan rumah pukul 8 pagi dalam keadaan berkunci namun berjaya dipecah masuk suspek melalui pintu depan.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati wang tunai dan barang kemas telah hilang dengan anggaran kerugian bernilai RM5,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram