Sejati Residences janjikan komuniti moden, keindahan alam semula jadi di Cyberjaya


  • Bizz
  • Khamis, 04 Jul 2024

Gambaran pelukis artis sahaja.

SEJATI Residences merupakan sebuah kediaman eksklusif terkini di Cyberjaya yang menggabungkan gaya moden dengan keindahan alam semulajadi. Di sini, anda dapat menikmati gaya hidup idaman dalam suasana yang aman dan menyegarkan di samping keluarga tersayang.

Susulan kejayaan Sejati Residences, Paramount Property kini melancarkan kediaman edisi terhad tiga tingkat terbaharu yang terletak di kawasan tanah pegangan bebas seluas 10.1 ekar, dilengkapi kawalan sekuriti yang memaparkan gaya hidup eksklusif diselubungi keindahan alam sekitar.

Terdapat 170 buah rumah tiga tingkat yang ditawarkan dengan saiz tanah 22’ x 50’, 22’ x 55’ atau 22’ x 70’ dengan keluasan binaan dari 2,267 kaki persegi sehingga 2,854 kaki persegi. Setiap kediaman ini mempunyai lima bilik tidur dengan lima tandas ‘en-suite’.

BACA LAGI: Elak silap beli rumah, ejen hartanah kongsi tip ketahui saiz kediaman belum siap dibina

BACA LAGI: 'Automatik mengalir air mata,' isu rumah terbengkalai buat pembeli sedih ditanya tentang status

1. Kediaman idaman di Cyberjaya

msg-468649021-52236

Gambaran pelukis artis sahaja

Sejati Residences dilengkapi dengan pelbagai akses kemudahan keperluan harian di samping rangkaian lima buah lebuh raya serta dua stesen MRT berhampiran.

Berlokasi strategik di Cyberjaya, kediaman ini juga memiliki pelbagai fasiliti institusi pendidikan, hospital, pusat beli-belah dan taman rekreasi buat seisi keluarga.

2. Suasana privasi dilengkapi keindahan alam semula jadi

msg-468649021-52237

Gambaran pelukis artis sahaja

Sejati Residences merupakan sebuah kawasan komuniti bersekuriti yang selamat dan tenteram untuk didiami keluarga anda.

Di sini, anda akan menikmati gaya hidup bercirikan keindahan alam sekitar diselubungi kehijauan taman yang indah bagi mencipta kenangan manis bersama seisi keluarga.

Mengutamakan ciri keselamatan keluarga, kawalan sekuriti 24 jam dilengkapi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) dan ciri Konsep Reka Bentuk Bandar Selamat (CPTED) antara keistimewaan di Sejati Residences.

Berkeluasan 10.1 ekar dengan enam buah taman mewah bercirikan pusat rekreasi keluarga, fasiliti seluas 1.5 ekar ini dilengkapi dengan trek joging dan berbasikal sejauh 1.9 kilometer (km) yang menghubungkan seluruh kawasan kediaman ini.

3. Kediaman yang direka untuk keluarga multi-generasi

msg-468649021-52238

Gambaran pelukis artis sahaja

Alami kegembiraan kehidupan di dalam sebuah kediaman di mana setiap ruang telah direka dengan teliti untuk keluarga besar.

Setiap kediaman di Sejati Residences membolehkan sebuah keluarga berinteraksi dan beristirahat bersama di ruang yang serba moden dan luas.

Di sini, jalinan keluarga mampu dieratkan lagi dalam suasana kehidupan eksklusif dengan ruang kediaman tiga tingkat seluas 2,267 kaki sehingga 2,854 kaki persegi dilengkapi lima bilik tidur dan lima tandas ‘en-suite’.

Di samping itu, ia juga direka khas bagi memenuhi keperluan keluarga dengan susun atur yang fleksibel serta ciri yang mesra warga emas.

Sebagai contoh, unit jenis C mempunyai bilik tidur yang sesuai buat warga emas di tingkat bawah dengan akses yang mesra kerusi roda serta tempat duduk yang disediakan dalam tandas.

Manakala di tingkat dua pula, terdapat sebuah ruang tamu peribadi dan bilik tidur yang luas dilengkapi tandas.

Ruang tingkat tiga pula menampilkan sebuah lagi bilik tidur utama bersama balkoni yang boleh dijadikan sebagai gimnasium peribadi, pejabat rumah, studio muzik dan pelbagai lagi kegunaan lain.

4. Kediaman bercirikan sistem pintar

Setiap kediaman di Sejati Residences juga dilengkapi dengan sistem rumah pintar yang mempunyai kunci digital serta suis untuk kawalan lampu dan kipas yang boleh diakses melalui aplikasi peranti IOS dan Android.

5. Reka bentuk yang mengutamakan kelestarian alam

Kebanyakan unit di Sejati Residences berkedudukan menghala ke arah Utara-Selatan bagi mengurangkan haba cahaya matahari dan mempunyai susun atur pelan yang terbuka untuk menggalakkan pencahayaan serta pengudaraan semula jadi.

Setiap kediaman juga dilengkapi dengan punca pengasing pengecas EV, saluran sedia ada untuk kabel ‘PV solar’, tangki takungan air hujan serta kelengkapan penjimatan air untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam memelihara sumber alam.

Justeru, anda boleh miliki kediaman edisi terhad tiga tingkat terbaharu ini dengan harga bermula RM1,119,100 di Cyberjaya.

Untuk sebarang pertanyaan boleh dihubungi atau kunjungi galeri jualan Sejati Residences untuk promosi istimewa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

https://paramountproperty.my/sejati/?utm_source=majority&utm_medium=digital+advertorial&utm_campaign=sejati-residences+m7digital+ads.