Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap — PM Anwar


  • Primer
  • Ahad, 07 Jul 2024

Selaku Perdana Menteri, Anwar dengan penuh tawaduk menerima suara majoriti rakyat DUN Sungai Bakap.

GABUNGAN Kerajaan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang berlangsung dengan lancar dan aman pada Sabtu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaku Perdana Menteri, beliau dengan penuh tawaduk menerima suara majoriti rakyat di DUN Sungai Bakap.

Menurutnya, negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.

BACA LAGI: PN lakar kemenangan lebih besar pertahan kerusi DUN Sungai Bakap

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

prk

Abidin memperoleh sejumlah 14,489 undi, memberikannya majoriti kemenangan sebanyak 4,267 undi.

"Kerajaan menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam, memperhebat usaha membela nasib rakyat sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Jelas Anwar, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan.

Majoriti pada Sabtu melaporkan Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail, memperoleh sejumlah 14,489 undi, memberikannya majoriti kemenangan sebanyak 4,267 undi.

Dalam PRK yang berlangsung pada Sabtu itu, Abidin menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin, yang mendapat 10,222 undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 208 undi rosak direkodkan dalam PRK kali ini, dengan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 63.45 peratus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram