PN lakar kemenangan lebih besar pertahan kerusi DUN Sungai Bakap


  • Politik
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Abidin memperoleh sejumlah 14,489 undi, memberikannya majoriti kemenangan sebanyak 4,267 undi.

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail, memperoleh sejumlah 14,489 undi, memberikannya majoriti kemenangan sebanyak 4,267 undi.

Dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu itu, Abidin menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, yang mendapat 10,222 undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat sebabyak 208 undi rosak direkodkan dalam PRK kali ini dengfan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 63.45 peratus.

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

Pada pilihan raya negeri (PRN) 2023, Nor Zamri menawan Sungai Bakap dengan majoriti 1,563 undi menewaskan Nurhidayah Che Rose daripada PH.

Pengundi Melayu membentuk 59.2 peratus daripada keseluruhan pengundi di DUN itu, yang menjadi kubu kuat PH sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Sementara itu, pengundi Cina terdiri daripada 22.4 peratus, manakala India dan lain-lain masing-masing membentuk 17.2 peratus dan 1.2 peratus pengundi.

PRK Sungai Bakap menyaksikan seramai 39,279 pemilih berdaftar di Sungai Bakap termasuk 57 anggota polis.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram