
TINDAKAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang dirakam tidak menghiraukan seorang wanita kulit hitam dalam sebuah acara kempen mengundang kecaman warga maya.
Klip video berdurasi 58 saat yang dimuat naik menerusi laman X (Twitter) pada Sabtu itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.
Rata-rata mengkritik tindakan tidak wajar yang ditonjolkan presiden tertua dalam sejarah AS itu, dalam kempen yang bersiaran secara langsung.
BACA LAGI: [VIDEO] Joe Biden terselamat insiden kereta rempuh konvoi kenderaan presiden
BACA LAGI: 'Ada bayi lahir besar melampau cecah 5kg', ketahui risiko ibu hidap diabetes semasa hamil
The moment she realized that her hero doesn’t like black people. pic.twitter.com/2bhfLJf8yP
— Kim Dotcom (@KimDotcom) July 6, 2024
Menerusi rakaman berkenaan, jelas terlihat keterujaan wanita tersebut bersama penyokong lain apabila Biden, 82, turun ke bahagian tempat duduk pengunjung untuk mendekati dan beramah mesra bersama mereka.
Bagaimanapun, senyuman kegembiraan di wajah wanita itu hilang selepas Biden dilihat hanya melintasinya sebelum menyapa wanita berkulit putih di sebelahnya dengan begitu mesra.
Menjengah ke ruangan komen, sebahagian besar pengguna laman X mengecam tindakan itu hingga ada yang mengatakan Biden merupakan presiden yang paling rasis dalam sejarah negara itu.
"Presiden paling rasis dalam sejarah, tapi masih ada penduduk AS berkulit hitam yang masih mahu undi beliau," ciap Scott Ritter.
"Biden memang hirau terus penyokong kulit hitam itu. Wanita tersebut nampaknya begitu kecewa sedangkan dia pada awalnya nampak begitu teruja," kata OusieAustin.
"Kasihan dengan wanita itu, sedih untuk mengatakannya, tapi ini adalah kebenaran, Joe (Biden) memang sentiasa begitu," ujar General Mike Flynn.
Biden sebelum ini dilaporkan akan bertanding untuk mengekalkan jawatannya bagi penggal kedua, di sebalik gesaan agar beliau mengundurkan diri.
Tekanan terhadap Biden untuk berundur sebagai calon Presiden Demokrat 2024 semakin meningkat daripada kalangan partinya sejak beliau berdepan dengan Trump dalam debat yang disiarkan selama 90 minit pada 27 Jun lepas.
Dalam perdebatan itu, Biden yang suaranya kedengaran serak, tergagap-gagap dalam menyusun ayat, kelihatan kehilangan tumpuan dan sering bergelut untuk menyampaikan hujahnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram