[VIDEO] Anak Tawau 'mendunia', Winalda Basri gegar Universiti Nebrasaka


  • Massa
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Winalda mewakili UTP dan Malaysia dalam mesyuarat Douglas County of Nebraska untuk berkongsi pandangan mengenai aspirasi hidupnya.

MEMILIKI bukan sahaja kecemerlangan dari segi akademik, malah bakat kepimpinan yang terserlah mendorong Winalda Basri Eko untuk terus melangkah ke persada dunia.

Mahasiswi tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu diberi peluang menyertai program Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) musim bunga 2024 di Universiti Nebrasaka, Omaha, Amerika Syarikat.

Lebih membanggakan, anak jati Tawau, Sabah itu berjaya mewakili UTP dan Malaysia dalam mesyuarat Douglas County of Nebraska untuk berkongsi pandangan mengenai aspirasi hidupnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas cipta nama di Australia, ada yang tiba-tiba 'claim' Nurelfira dari Indonesia, bukan Tawau

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya akan bawa balik pingat', kata-kata Fira buat cikgu 'terkedu' lepas raih pingat emas di Australia

"Sebagai penyokong hak pendidikan, saya percaya bahawa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan pendidikan berkualiti adalah keperluan asas untuk semua orang, termasuk kanak-kanak tanpa dokumen kewarganegaraan sah.

"Pendidikan seharusnya boleh diakses oleh semua orang tidak kira status undang-undang kita," katanya menerusi catatan di platform rangkaian profesional miliknya.

Video rakaman Winalda berbicara ketika mesyuarat Douglas County of Nebraska baru-baru ini turut tular di media sosial, sehingga menjadi bualan ramai.

Rata-rata rakyat Malaysia, bukan sahaja penduduk Sabah berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan penerima Biasiswa Gamuda itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram