POLIS membebaskan pasangan pelawak dan isterinya yang ditahan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram pada Rabu.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu yang remannya tamat pada Rabu akan diberi jaminan polis dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Siasatan tindakan tatatertib juga akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis," katanya.
BACA LAGI: Fitnah TMJ terlibat rasuah RM20 juta cubaan jatuhkan institusi diraja — Onn Hafiz
BACA LAGI: Bantu calon Umno di PRK Nenggiri, Ku Li pernah kritik pemimpin parti berlagak, sombong
Terdahulu, tular di aplikasi Telegram memaparkan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam sejak beberapa hari lalu.
Susulan itu, seorang pelawak bersama isterinya direman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.
Menurut sumber, pelawak berkenaan berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada Isnin malam dengan telefon pintar mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram