[VIDEO] Pura-pura salah rumah, pasangan Rohingya tersengih kena sergah 'owner' di Seremban


  • Tular
  • Khamis, 01 Feb 2024

Tangkap layar pasangan Rohingnya yang disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Jujur, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.

CUBAAN pasangan Rohingya untuk memecah masuk sebuah rumah di Taman Jujur, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu gagal setelah tindakan mereka berjaya dikesan pemilik.

Video kejadian yang berlaku pada pukul 9.58 malam itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) dan dikongsikan di laman X (Twitter) @onigirisara pada hari yang sama.

Berdasarkan video, insiden tersebut berlaku sewaktu pemilik tiada di rumah dan baru saja tiba di depan pagar.

"Kami sekeluarga keluar makan dan tiada siapa di rumah. Ketika sampai, kelihatan dua warga Rohingya (di depan rumah) dan mereka membawa seorang anak kecil di bakul motor dan parkir di depan rumah kami.

"Perempuan Rohingya tersebut dilihat sedang cuba membuka pintu pagar rumah kami dan lelaki Rohingya tersebut tunggu di atas motor," ciapnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga Rohingya ditahan cabul pelajar di pasar raya

BACA LAGI: [VIDEO] Pengemis Rohingya menyamar wanita makin bermaharajalela di Banting

Lebih mendatangkan kemarahan, setelah perbuatan mereka diketahui, pasangan warga asing tersebut hanya memberi alasan bahawa mereka telah tersalah rumah.

"Kami tegur kenapa cuba masuk rumah kami tapi mereka hanya senyum dan berlalu pergi setelah tertangkap dan mengatakan mereka salah rumah.

"Kalau betul salah rumah, kenapa nak kena buka pintu pagar rumah kami dan tidak memberi salam dulu?

"Hati-hati, mereka ini semakin melampau, boleh sesuka hati masuk rumah orang, nak buat apa pun tak tahu," ujar pemilik kediaman itu.

Pada masa sama, beberapa netizen juga mendakwa pasangan itu merupakan suspek yang sama terlibat dalam beberapa kejadian curi motosikal di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram