MISTERI penampakan beberapa susuk putih menyerupai pocong yang didakwa 'berkeliaran' di hutan dekat Kahang Timur Kluang, Kluang, Johor terungkai pada Jumaat.
Rakaman kejadian kononnya hutan tersebut dihuni makhluk halus itu dikongsikan di laman X (Twitter) pada Khamis sehingga menjadi bualan ramai.
Klip video berdurasi 24 saat yang dikongsikan seorang pengguna jalan raya memaparkan pocong tersebut berada di atas bukti di celah-celah pokok.
BACA LAGI : [VIDEO] Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, 4 penumpang tercampak keluar
BACA LAGI : Kritikan pakar pendidikan terlalu negatif antara punca guru bersara awal — KGMMB
Seorang lelaki dipercayai pekerja penyelenggaraan jalan memegang sebuah kon yang dibalut dengan guni berwarna putih.
Video tersebut turut mengundang kegusaran pengguna jalan raya yang lain terutamanya buat mereka yang menggunakan laluan berkenaan.
Terbaharu pada Jumaat, tular pula satu gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja penyelenggaraan jalan memegang sebuah kon yang dibalut dengan guni berwarna putih.
Gambar itu sekali gus merungkai dakwaan kewujudan pocong di kawasan tersebut yang ternyata buatan pihak tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun setakat laporan ini ditulis, tidak dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab dan motif barang tersebut diletakkan di kawasan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram