'Siapa mahu kembali, kita kaji dahulu,' Ahmad Zahid terbuka terima bekas Umno


  • Politik
  • Selasa, 02 Jul 2024

Umno tetap terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli yang berhasrat mahu menyertai semula parti itu.

PINTU Umno tetap terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli yang berhasrat mahu menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan menerima kembali bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengesahkan telah melepaskan keahlian dan jawatannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sejak September tahun lalu.

Walau bagaimanapun menurut Ahmad Zahid, kepimpinan parti akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap bekas ahli yang ingin berbuat sedemikian.

BACA LAGI: Tok Pa sahkan tak bertanding, 'pencen' daripada berpolitik

BACA LAGI: Ahmad Zahid menang tipis di Bagan Datuk

Mustapa mengesahkan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya pada masa akan datang.

“Siapa yang mahu kembali kepada Umno, kita pasti akan kaji dahulu.

"Lembaga disiplin Umno dan biro politik parti akan meneliti sebarang permohonan daripada bekas ahli yang bercadang untuk menyertai semula parti,” katanya selepas merasmikan prapelancaran program Pra Tahfiz Kemas Pulau Pinang di Institut Kemahiran Tinggi Perda, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Selasa.

Pada Jumaat, Mustapa yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengesahkan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya pada masa akan datang dan memaklumkan bahawa beliau sudah 'pencen' daripada politik.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui hanya mengetahui tentang perkara itu menerusi laporan berita.

Presiden BERSATU itu bagaimanapun tetap menghormati keputusan diambil Mustapa yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu dan secara peribadi masih menganggap beliau sebagai sahabat.

Untuk rekod, Mustafa meninggalkan Umno pada 2018 selepas lebih 40 tahun berjuang bersama parti keramat bangsa Melayu itu.

Election workers making a final preparation a polling centre in Seri Kembangan, Selangor, last year. Six states are now gearing up for state elections with the dissolution of their legislative assemblies. — AZHAR MAHFOF/The Star

Umno mempunyai kaedah tersendiri untuk menarik minat golongan muda dalam PRK Sungai Bakap.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pula, Ahmad Zahid berkata, Umno mempunyai kaedah tersendiri untuk menarik minat golongan muda dan jentera pilihan raya parti juga sudah melaksanakan beberapa program.

“Kita mempunyai lebih 5,000 pengundi Umno di Sungai Bakap dan ia menjadi tumpuan jentera kita semasa berkempen,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram