Kritikan pakar pendidikan terlalu negatif antara punca guru bersara awal — KGMMB


  • Massa
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Pandangan pakar pendidikan yang sering mengkritik amalan pengajaran di sekolah-sekolah merupakan salah satu punca utama para guru hilang minat untuk meneruskan karier mereka.

DALAM dunia pendidikan, guru adalah tulang belakang kepada pembangunan akademik dan moral pelajar. Namun, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesejahteraan mental guru di Malaysia, dengan ramai yang memilih untuk bersara awal.

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) berpandangan ulasan pakar pendidikan yang sering mengkritik amalan pengajaran di sekolah-sekolah merupakan salah satu punca utama para guru hilang minat untuk meneruskan karier mereka.

Presiden KGMMB, Juhairi Mohamad Nor berkata, apabila kritikan itu terlalu kerap dan bersifat negatif, ia menjejaskan dalam kalangan guru.

BACA LAGI: NUTP, KGMMB gesa tubuh jawatankuasa kaji kelemahan prasarana digital KPM

BACA LAGI: NUTP, kesatuan guru gesa KPM kaji semula perisian idME yang membebankan

"Seperti yang kita lihat sejak kebelakangan ini, ada dalam kalangan pakar pendidikan yang mengeluarkan kenyataan berunsur negative dan memalukan cikgu.

"Kami faham bahawa kritikan bertujuan untuk penambahbaikan, tetapi apabila kritikan itu terlalu kerap dan bersifat negatif, ia menjejaskan semangat para guru.

"Para pakar ni tidak pernah berada di sekolah atau kelas, mereka tak tahu apa yang cikgu ini hadapi sekali gus menyebabkan cikgu menjadi takut untuk mencuba pendekatan baru kerana bimbang akan dikritik," katanya kepada Majoriti.

2498285

Presiden KGMMB, Juhairi Mohamad Nor

Tambah beliau lagi, dalam era digital ini juga, para guru sering menjadi sasaran kiritikan pelajar dan ibu bapa di media sosial.

"Mereka sering menjadi mangsa serangan masyarakat dalam media sosial, ada sahaja yang tidak kena di mata masyarakat sehinggakan hadiah hari guru pun dipertikaikan dan dijadikan isu besar

"Keadaan ini menyebabkan mereka rasa tidak dihargai dan profesion guru ini sudah tidak dihormati. Guru-guru perlu berasa bahawa mereka dihargai dan usaha mereka diiktiraf," ujarnya.

Menurut Juhairi lagi, ada juga dalam kalangan guru yang memilih untuk bersara awal berkemungkinan daripada faktor gaji.

"Mungkin juga faktor semakan gaji baharu yang agak lambat yang mana KPM mengambil masa 13 tahun untuk membuat penyelarasan gaji sekali gus menyebabkan guru-guru ini berasa kecewa dan bertindak untuk bersara awal.

"Walaupun kerajaan telah pun membuat keputusan akan menyemak dan memaklumkan perkara ini dalam bulan Disember yang akan dating tetapi ia masih juga bergantung kepada individu," jelasnya.

Religious teacher Ustaz Mohamad Saufi Badrunnahar teaching Malay Muslim students during an Islamic Studies lesson (agama class) at SJK(C) Kampung Baru Paroi. Around 63% of the student population at SJK(C) Kampung Baru Paroi in Seremban is non-Chinese. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Bagi melindungi para guru daripada perkara-perkara negatif dan melindungi kesihatan mental mereka, Juhairi turut menasihatkan para guru untuk menyertai kesatuan guru supaya masalah-masalah mereka boleh disalurkan kepada pihak yang berkaitan.

"Melalui saluran yang betul itulah caranya untuk kita berkongsi pengalaman kita di sekolah dengan pihak KPM dan di situ mungkin ada penyelesaian yang boleh kita bincangkan bersama KPM.

"Saya amat menggalakkan guru-guru yang belum menyertai mana-mana persatuan mohonlah masuklah kesatuan-kesatuan yang ada di negara kita supaya suara guru dapat dibawa ke atas melalui saluran yang betul," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mendedahkan 72.36 peratus daripada 4,300 hingga 6,300 guru yang memilih untuk keluar daripada bidang pendidikan adalah kerana faktor hilangnya minat mengajar.

"Faktor keluarga juga dikenal pasti sebagai punca lain keadaan berkenaan, membabitkan 15.21 peratus daripada jumlah guru yang memilih untuk bersara awal.

"Seterusnya, faktor kesihatan mewakili 6.96 peratus guru memilih bersara awal, diikuti beban tugas (3.82 peratus) dan masalah peribadi (1.64 peratus)," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram