INDIVIDU yang disahkan positif Covid-19 tidak perlu lagi berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menyemak Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan bagi pelaksanaan ‘fasa hidup’ bersama Covid-19.
“Individu positif virus tersebut akan dilayan dengan cara yang sama seperti mana-mana jangkitan pernafasan lain dan tidak akan diberikan HSO lagi,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, 4 penumpang tercampak keluar
BACA LAGI: Kritikan pakar pendidikan terlalu negatif antara punca guru bersara awal — KGMMB
Dr Dzulkefly
Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai persiapan yang dilakukan kementerian susulan peningkatan kes Covid-19 di Singapura.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly mengakui, golongan yang dijangkiti Covid-19 masih boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
Justeru jelasnya, pesakit perlu melaksanakan tanggungjawab sosial dengan tinggal di rumah sekiranya disahkan positif Covid-19 dan memerhatikan langkah pencegahan kesihatan awam.
"Jika anda terpaksa keluar rumah untuk mendapatkan rawatan apabila gejala semakin merosot, elakkan daripada berinteraksi rapat dengan orang lain.
“Sijil perubatan dan rujukan hospital akan diberikan berdasarkan penilaian pegawai perubatan,” katanya.
Penghidap virus tersebut perlu memakai pelitup muka, mengurangkan interaksi dan mengelakkan ruang sesak.
Jelas beliau lagi, individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 digalakkan untuk sentiasa memantau gejala dan kesihatan mereka.
Katanya, penghidap virus tersebut perlu memakai pelitup muka, mengurangkan interaksi dan mengelakkan ruang sesak.
"Mereka yang mengalami simptom pernafasan mesti memakai pelitup muka semasa berada di kemudahan penjagaan kesihatan, tempat sesak atau ruang dengan pengudaraan yang lemah.
"Selain itu, pekerja penjagaan kesihatan juga harus memakai pelitup muka di kemudahan penjagaan kesihatan dan ketika berurusan dengan pesakit," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram