[VIDEO] Remaja perempuan terpelanting, terseret dirempuh Hilux dipandu warga asing tiada lesen di Sepang


  • Tular
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan kemalangan di Sepang, Selangor membabitkan empat kenderaan pada Selasa.

SEORANG remaja perempuan cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Sepang, Selangor membabitkan empat kenderaan pada Selasa.

Kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kargo itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) pengguna jalan raya lain sebelum dikongsikan menerusi hantaran di Facebook milik Masdiana Ana pada hari yang sama.

Menerusi video berkenaan, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilihat memandu dengan laju sehingga hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak lepas memotong, penunggang superbike putus badan kena gilis treler di Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi sayu, suami tersepit kemalangan jatuh gaung di Kulim, panggil isteri maut berkali-kali tidak menyahut

Rempuhan itu menyebabkan dua penunggang motosikal terpelanting sebelum terseret beberapa meter di atas jalan berkenaan.

Sementara Toyota Hilux itu juga bertindak melanggar lampu isyarat merah dan mengakibatkan keretanya terbabas ke tebing di sebelah kiri jalan.

Berdasarkan maklumat awal dikongsikan ahli keluarga salah seorang penunggang motor itu, mangsa difahamkan mengalami kecederaan di kepala dan luka-luka pada badannya.

"Yang terbaring itu adik saudara saya. Alhamdulillah dia dah boleh keluar dari hospital," katanya di ruangan komen.

Individu tersebut turut mendakwa pacuan empat roda itu dipandu seorang warga Indonesia yang tidak mempunyai lesen sah untuk memandu.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram