[VIDEO] Saksi sayu, suami tersepit kemalangan jatuh gaung di Kulim, panggil isteri maut berkali-kali tidak menyahut


  • 112
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Sorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas lori yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Jalan Junjung dekat Kampung Air Puteh, Kulim pada Jumaat.

SEORANG wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas lori yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Jalan Junjung dekat Kampung Air Puteh, Kulim, Kedah pada Jumaat.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, terdapat dua orang mangsa terlibat, seorang lelaki dan seorang perempuan yang mana kedua-duanya dalam anggaran umur 40 tahun.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan peralatan khas bagi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit.

BACA LAGI: [VIDEO] Terjumpa bahan terlarang, pemandu Myvi disyaki khayal rempuh beberapa kereta sampai hancur lalu berpusing di DUKE

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah

"Namun, pegawai Kementerian Kesihatan yang bertugas di lokasi (KKM) mengesahkan mangsa perempuan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Manakala, mangsa lelaki mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama turut tular beberapa gambar dan video memaparkan mangsa yang tersepit di tempat kejadian.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan oleh orang awam di aplikasi WhatsApp, wanita berkenaan tercampak daripada kenderaan tersebut selepas terjatuh ke dalam gaung.

Lebih menyayat hati, menurut saksi kejadian, lelaki yang tersepit di bahagian depan lori berkenaan memanggil nama isterinya beberapa kali tanpa mengetahui mangsa sudah tidak bernyawa.

"Ada saksi bagi tahu, lelaki panggil nama isteri berkali-kali sampai buat orang sebak.

"Sedekahkan Al-fatihah buat arwah yang meninggal," tulis individu tersebut menerusi perkongsian WhatsApp. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram