[VIDEO] Taufan Beryl antara paling ganas dalam sejarah, bertukar status ke Kategori 5


  • Benua
  • Selasa, 02 Jul 2024

Taufan Beryl pada Isnin hanya mengambil masa beberapa minit untuk meninggalkan jejak kemusnahan di Grenada. — Agensi

TAUFAN Beryl yang membadai Caribbean hingga meragut sekurang-kurangnya satu nyawa pada Isnin kini menjadi dinaikkan status ke Kategori 5 yang membawa angin berkelajuan sehingga 252 kilometer sejam, lapor agensi berita antarabangsa, CNN.

Taufan itu dijangka membawa angin kencang yang berisiko mengancam nyawa dan gelombang ribut ke Jamaica pada Rabu, seterusnya memberi impak kepada Kepulauan Cayman pada Khamis, yang mana amaran taufan sudah dikeluarkan.

Ribut itu terus memecahkan rekod apabila ia memulakan musim taufan yang sangat awal sebagai taufan Kategori 5, serta ribut Atlantik kedua dengan kekuatan sedemikian yang direkodkan pada Julai.

BACA LAGI: Protes perang Gaza di UCLA makin serius, seorang tercedera khemah kena ceroboh pro-Israel

BACA LAGI: [VIDEO] Tidak harus hukum renjis kereta elak musibah, jelas Jabatan Mufti Selangor

Menurut pejabat gabenor, taufan Beryl pada Isnin hanya mengambil masa beberapa minit untuk meninggalkan jejak kemusnahan di Grenada, dengan menghancurkan bangunan-bangunan, memadamkan elektrik dan perkhidmatan telefon kepada hampir semua penduduk pulau itu.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 90 peratus kediaman di pulau union di St Vincent dan Grenadines mengalami kerosakan teruk susulan bencana taufan Beryl yang melintasi negara kepulauan itu.

Lapangan terbang dan perniagaan ditutup dan penduduk di seluruh Caribbean telah digesa untuk mencari perlindungan apabila taufan itu melanda wilayah berkenaan.

Taufan Beryl ketika ini bertiup dari daratan di Barbados telah mencetuskan amaran tentang angin yang mengancam nyawa dan ribut berbahaya.

Berdasarkan semakan, kali terakhir taufan kategori 5 direkodkan pada 2015 apabila Taufan Patricia membadai Mexico dan Amerika Tengah dengan membawa kelajuan angin sekuat 345 kilometer sejam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram