PASANGAN mendirikan rumah tangga kini melihat rezeki cahaya mata sebagai satu perkara yang tidak wajar ketika di awal perkahwinan.
Trend itu yang lebih dikenali sebagai 'childfree', seolah-olah menjadi ikutan masyarakat negara yang ingin bebas daripada sebarang tanggungan anak atas faktor kos sara hidup tinggi yang perlu dihadapi.
Menjadikan Singapura sebagai contoh terbaik, golongan berkenaan turut berpandangan ia sebagai penyumbang terbesar pada kemajuan negara.
BACA LAGI: Tak mampu upah mengaji di kubur, sedekah doa ini moga-moga amalan anak soleh sampai kepada si mati
BACA LAGI: Pusara kena buhul sihir, tak salah upah orang pagar, 'tunggu kubur'
Isu itu bertambah serius apabila sepasang suami isteri memuat naik video tular di laman sosial yang menyatakan sokongan penuh terhadap trend tersebut.
Saya setuju dengan pasangan ini. Jika anda anggap anak adalah beban, JANGAN BERANAK! Keputusan yang tepat.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) July 2, 2024
Mengulas lanjut hal itu, Pakar Kanak-Kanak Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi berkata, konsep itu merupakan satu perkara yang tidak sihat dan perlu dihindari pasangan baru berkahwin.
Jelasnya, Malaysia akan kekal dengan generasi tua dan perkembangan negara juga turut terbantut dek kerana tumbesaran rakyat yang tiada penggantinya.
"Daripada sudut tumbesaran manusia, negara kita yang akan rugi kerana hanya melahirkan generasi tua dan tidak bertambah.
"Sepatutnya zaman bersilih ganti dengan penambahan generasi tetapi jika konsep bebas anak ini dijadikan budaya, maka yang tinggal hanyalah golongan tua yang tidak sihat.
"Ramai pasangan muda takut untuk ada anak walhal ia sebenarnya rezeki, rugi perkahwinan tanpa cahaya mata bukan sahaja membantutkan perkembangan manusia malah, mengehadkan tenaga kerja rakyat di negara kita satu hari nanti," katanya kepada Majoriti.
Siti Sarah Aishah Suhaidi tegas menolak konsep 'childfree' daripada menjadi ikutan masyarakat negara.
Dalam pada itu, Siti Sarah turut menyentuh soal ekonomi negara yang disifatkan bakal berdepan kerugian sekiranya amalan tersebut menjadi ikutan.
Jelasnya, sektor pelaburan dan perniagaan negara antara kelompok yang akan terkesan dengan isu berkenaan.
"Jika generasi kita tidak berkembang dan golongan bayi khususnya semakin berkurangan, sektor pelaburan negara juga akan tergangu dengan syarikat pengeluar produk kanak-kanak misalnya akan berpaling tadah untuk melabur dari negara kita.
"Perlu diingat bahawa setiap yang berlaku sentiasa melibatkan sektor perniagaan dan pelaburan, kalau semua rakyat di Malaysia tinggal yang tua sahaja, apa akan jadi pada ekonomi kita, tiada pelabur asing yang berminat, malah bidang perubatan merupakan antara penyumbang terbesar negara.
"Kalau dari sudut pandangan agama juga dah sah ia haram di sisi islam, jika benar sekali pun kurang berkemampuan, sebaiknya merancang bukan menolak," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram