SELEPAS lokasi, pelan merupakan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum memutuskan untuk membeli atau mendirikan sesebuah rumah.
Nampak kecil, tetapi sebenarnya ia berupaya menimbulkan masalah terutamanya buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam melihat ukuran dan susun atur sesebuah rumah melalui model yang disediakan pemaju.
Justeru, seorang perunding hartanah, Fahimah Mahayuddin tampil berkongsi ilmu dan pencerahan mengenai saiz dan kategori rumah yang kebiasaannya dijual di Malaysia, bagi memudahkan orang ramai membuat keputusan sewajarnya.
BACA LAGI: Pengguna 'serbu' Facebook Unifi, merungut bayar konsisten tiap bulan, tapi line makin teruk
BACA LAGI: 'Automatik mengalir air mata,' isu rumah terbengkalai buat pembeli sedih ditanya tentang status
Dia yang difahamkan pernah berkhidmat dalam bidang kejuruteraan struktur sebelum ini berkata, selain jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang perlu diambil kira bagi menentukan saiz sesebuah rumah.
"Ia termasuk saiz tanah (bagi rumah bertanah) dan saiz binaan (rumah bertanah atau pangsapuri)," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Berikut merupakan saiz rumah yang dikongsikan Fahimah:
1) Pangsapuri/kondominium/flat:
i) 400-500 + kaki persegi - kecil
Saiz macam ini biasanya studio unit/pejabat kecil rumah kecil (SOHO). Kebiasaannya hanya mempunya satu bilik atau tiada bilik.
ii) 600-750 + kaki persegi - kecil
Ukuran ini dikira saiz yang kecil. Ada yang cukup untuk dua bilik, ada juga yang tiga bilik.
iii) 800-900 kaki persegi - sederhana
Ukuran ini dikira sebagai saiz standard untuk kebanyakan rumah pangsapuri. Saiz yang boleh dikatakan selesa kerana ia tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
iv) 900-1,000 ++ kaki persegi - besar dan luas
Untuk saiz ini dikira besar bagi sebuah rumah pangsapuri/kondo/flat. Susun atur rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++ kaki persegi, yang mana adakalanya lebih luas daripada saiz binaan rumah teres.
2) Teres/bertanah: (perantaraan, jika rumah lot sudut dan lot akhir, saiz tanah adalah lebih besar)
Saiz rumah teres kebiasaannya -
16x60 kaki
18x60 kaki
18x70 kaki
20x60 kaki
20x65 kaki
20x70 kaki
20x75 kaki
20x80 kaki
22x70 kaki
22x75 kaki
24x70 kaki
Selain jumlah bilik tidur dan bilik air, pembeli perlu mengetahui faktor lain yang perlu diambil kira bagi menentukan saiz sesebuah rumah.
3) Saiz lebar rumah
i) Saiz tanah lebar 16-18 kaki - kecil
Ukuran ini dikira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Saiz ini kecil dan untuk parkir kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja.
Untuk 18 kaki muat satu kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat dua. Bergantung juga pada pagar rumah. Jika tiada tembok kiri kanan boleh masuk dua.
ii) Saiz tanah lebar 20 kaki - sederhana
Ukuran saiz standard kebanyakan rumah teres di Malaysia dan paling banyak ada di pasaran.
Muat untuk parkir dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang menjadi pilihan ramai.
iii) Saiz tanah lebar 22 kaki ke atas - besar
Saiz yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk saiz 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai 'superlink'.
Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk saiz 24 kaki ke atas kalau parkir dua kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk kebun mini dan sebagainya.
4) Saiz panjang rumah
Selain lebar, satu lagi faktor yang perlu diambil kira ialah panjang tanah sesebuah rumah.
i) 60 kaki ke bawah - pendek
Panjang 60 kaki biasanya selepas ditolak ruang untuk anjung kereta dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Anjung kereta pun lebih pendek.
ii) 65-70 kaki - sederhana
Ia merupakan saiz standard bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tidak terlalu pendek atau panjang sangat dan saiz yang paling ramai suka.
Anjung kereta pun tidak pendek sangat dan biasanya bahagian belakang pun ada lebihan tanah.
iii) 75 kaki ke atas - panjang
Untuk panjang ini biasanya anjung kereta akan panjang sedikit atau saiz standard. Bahagian belakang rumah pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Saiz 80-90 kaki dikira panjang.
Saiz tanah lebar 22 kaki ke atas adalah saiz yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. — Gambar hiasan
5) Keluasan binaan rumah/built up
Untuk rumah teres setingkat, keluasan binaan boleh mengambil kira saiz rumah pangsapuri sebagai panduan.
Sementara itu, bagi rumah teres dua tingkat -
i)1,500 kaki persegi ke bawah - kecil
Pemaju sekarang kebiasaannya banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1,500 kaki persegi. Kadangkala dia bagi tanah lebih.
Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk buat tambahan sendiri.
ii) 1,550-1,750+ kaki persegi - sederhana
Bagi saiz ini, ia dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah.
Saiz yang boleh dikatakan 'just nice', tidak besar dan tidak terlalu kecil. Biasanya saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada reka bentuk rumah.
iii)1,800-2,000 ++ kaki persegi - besar
Saiz ini dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Biasanya kalau tidak buat tambahan dapur, bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tidak perlu tambah dah biasanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram