[VIDEO] Dua anggota polis cedera pemandu Honda City rempuh kereta peronda di Shah Alam


  • Tular
  • Isnin, 01 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Honda City dengan kereta peronda polis di Shah Alam pada Sabtu.

DUA anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengalami kecederaan selepas kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Honda City di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan – Persiaran Bestari, Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan pada pukul 8.10 malam itu berlaku ketika pemandu MPV polis iaitu Proton Waja menerima panggilan kecemasan berhubung satu kes pergaduhan di Pusat Komersial Seksyen 7.

Menurutnya, MPV polis yang melintasi persimpangan lampu isyarat itu dalam keadaan memasang siren dan beacon light sebelum bahagian sisi kiri dilanggar Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

BACA LAGI: [VIDEO] Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, 4 penumpang tercampak keluar

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna peralatan khas keluarkan mayat 4 sahabat bertindih dalam kemalangan di Simpang Renggam

polis

Dua anggota polis cedera selepas kenderaan MPV dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Honda City pada Sabtu.

“Kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan di bahagian fender dan pintu sisi kiri, dengan cermin hadapan dan sisi kiri penumpang juga pecah, manakala Honda City mengalami kerosakan bumper, bonet hadapan serta radiator dan komponen enjin,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Mohd Iqbal, siasatan mendapati pemandu dan penumpang MPV polis mengalami luka-luka di tangan dan muka serta bengkak di dahi dan kepala.

“Kedua-dua anggota polis yang berumur 33 tahun itu dikejarkan ke Hospital Shah Alam dengan ambulans.

Sebelum ini tular satu satu video memaparkan detik kemalangan membabitkan Honda City dengan kereta peronda polis.

Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain, sebelum dikongsikan di laman Facebook pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram