Tiada 'work life balance' berisiko dorong individu buat jenayah tanpa sengaja


  • Massa
  • Ahad, 30 Jun 2024

Beberapa kajian dan laporan menunjukkan semakin ramai pekerja terpaksa berdepan dengan tempoh kerja yang panjang.

MALAYSIA dilaporkan berada di ranking kedua terburuk di dunia dalam indeks keseimbangan hidup dan kerja (work life balance).

Kajian yang dijalankan sebuah syarikat terkemuka luar negara, Remote, mendedahkan Malaysia di tangga ke-59 daripada 60 negara lain, sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara Asia terburuk dalam konteks tersebut.

Menurut laporan syarikat berkenaan, pemilihan tersebut adalah berdasarkan jumlah keluaran dalam negeri kasar (KDNK) 60 negara tertinggi di dunia.

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna peralatan khas keluarkan mayat 4 sahabat bertindih dalam kemalangan di Simpang Renggam

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

stok (1)

Malaysia berada di ranking kedua terburuk di dunia dalam indeks keseimbangan hidup dan kerja.

Ia dilaksanakan bertujuan melihat negara yang mempunyai keseimbangan hidup dan kerja terbaik dengan menganalisis beberapa faktor.

“Rakyat Malaysia merupakan antara pekerja yang paling bekerja keras daripada sepatutnya selain Mexico dan Nigeria.

"Pekerja sepenuh masa dan separuh masa turut diambil kira dengan jumlah waktu bekerja melebihi 40 jam seminggu secara purata," katanya.

Antara faktor yang diambil kira bagi indeks tersebut ialah bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun dan peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad mengakui, keseimbangan hidup dan kerja sememangnya menjadi antara isu yang mendapat perhatian pelbagai pihak di Malaysia.

psikologi

Dr Fauziah

Beliau berkata, beberapa kajian dan laporan menunjukkan semakin ramai pekerja terpaksa berdepan dengan tempoh kerja yang panjang, ditambah bebanan serta tekanan kerja yang tinggi.

Menurutnya, ketidakseimbangan antara hidup dan kerjaya mampu mendorong seseorang ke arah perlakuan jenayah.

Ujarnya, stres yang melampau berisiko mempengaruhi tingkah laku individu mereka ke tahap lebih ekstrem termasuk melakukan jenayah tanpa sengaja.

"Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengurus tekanan kerja dan kehidupan peribadi dengan baik bagi mengelakkan kesan negatif yang serius.

"Terdapat perdebatan mengenai sama ada rakyat Malaysia mempunyai work-life balance yang baik, namun pengalaman juga boleh berbeza mengikut industri, pekerjaan, dan individu," katanya kepada Majoriti.

(Optional)Many people choose to not climb from rung to rung as work-life balance and their mental health are prioritised, knowing that in many cases with more responsibilities and more on your plate means something's gotta give somewhere else. — Dreamstime/TNS

Stres yang melampau berisiko mempengaruhi tingkah laku individu mereka ke tahap lebih ekstrem.

Dr Fauziah menjelaskan, ketidakseimbangan itu boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental serta mengurangkan produktiviti individu hingga berisiko membuatkan mereka 'burnout'.

Selain itu, menurut beliau, ia juga boleh menjejaskan hubungan sosial dan kekeluargaan.

"Dengan ini, tidak mustahil motivasi kerja mereka akan semakin merosot, malah isu ketidakhadiran di tempat kerja juga akan timbul kelak," katanya.

Dr Fauziah dalam pada itu turut menjelaskan antara usaha untuk menyelesaikan isu tersebut adalah menerusi peranan yang dimainkan oleh pemimpin dalam syarikat tersebut.

Tambahnya, ia termasuk dengan menawarkan fleksibiliti waktu kerja dan memberi sokongan kesihatan mental seperti kaunseling serta program kesejahteraan kepada kakitangan masing-masing.

"Mempromosikan budaya kerja sihat dan tidak menggalakkan masa kerja yang berlebihan juga patut dipertimbangkan.

"Sebaiknya, pekerja diberi peluang untuk mendapatkan rehat dan cuti yang mencukupi serta berkualiti," ulas beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram