[VIDEO] Rakyat memilih bukan atas nama individu tetapi parti, 7 wakil rakyat BERSATU wajar letak jawatan — Hasnizan Harun


  • Politik
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Status enam ahli Parlimen BERSATU masih menjadi tanda tanya selepas mereka diumumkan terhenti keahlian daripada parti itu pada Jun.

TUJUH wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), iaitu enam ahli parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan wajar meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun berpandangan, tindakan itu adalah wajar kerana rakyat memilih parti dan bukannya individu.

"Secara pasti, mereka perlu melepaskan jawatan ataupun pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan semula supaya adil kepada rakyat yang telah memilih.

BACA LAGI: 'Patah tumbuh yang 'lompat' berganti, serah kembali mandat kepada rakyat melalui lunas demokrasi'

BACA LAGI: Nasib 6 MP BERSATU: Tak mustahil diterima kembali jadi calon, singkap sejarah Umno terima semula ahli parti

"Rakyat memilih bukan atas nama individu tetapi parti. Mereka bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN). Tak kira dari parti BERSATU atau PAS dan sebagainya, tetapi yang berlaku sekarang ialah BERSATU.

"Apabila mereka, telah menyokong kepada satu parti yang lain, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar untuk mereka lepaskan jawatan atau berlaku PRK ini.

"Insya-ALLAH, kami akan pastikan lapan kerusi ini masih lagi milik PN," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN BERSATU digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

hasnizan

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun

Mereka merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram