[VIDEO] Isu trafik di Serendah bakal diselesaikan segera, jumpa JKR tak lama lagi — Hasnizan


  • Massa
  • Rabu, 26 Jun 2024

Hasnizan berkata, dia akan berbincang bersama pihak JKR dan MPHS untuk mencari solusi yang terbaik.

MASALAH kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk di sekitar Serendah dekat Hulu Selangor, Selangor akan diselesaikan dengan segera, kata Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun.

Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memaklumkan bahawa terdapat perancangan yang sedang diusahakan untuk melebarkan jalan tersebut.

"Sebenarnya kalau ikutkan jalan dari Sungai Coh ke Tanjung Malim memang sudah ada perancangan daripada JKR untuk melebar dan membesarkan jalan di kawasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Hasnizan Harun dedah cara terus berjuang demi rakyat walaupun tanpa peruntukan kerajaan Pusat

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat memilih bukan atas nama individu tetapi parti, 7 wakil rakyat BERSATU wajar letak jawatan — Hasnizan Harun

"Namun, mungkin dari segi kos bukanlah mudah kerana peruntukan yang diberi pada ketika ini adalah untuk memperbaiki jalan di kawasan tersebut," katanya pada Majoriti.

Sehubungan itu, Hasnizan berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan bersama pihak JKR untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Serendah.

"Insya-ALLAH, saya akan duduk dan bincang bersama pihak JKR dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk mencari solusi yang terbaik.

"Hal ini kerana, ada antara jalan tersebut yang berada di bawah seliaan JKR dan MPHS.

"Kita akan bincang dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di laluan itu dalam masa terdekat," ujarnya.

Untuk rekod, Hasnizan diangkat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram