[VIDEO] Petugas PRK Sungai Bakap maut, 2 anak cedera dirempuh Perodua Axia dan lori di Dungun


  • 112
  • Khamis, 27 Jun 2024

Keadaan kereta Kancil dinaiki Nabilah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pinang Merah, Paka, Dungun, Terengganu pada Rabu.

SEORANG wanita maut sementara dua anaknya cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 94.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pinang Merah, Paka, Dungun, Terengganu pada Rabu.

Memetik laporan Kosmo!, dalam kemalangan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kereta Perodua Kancil dinaiki Nabilah Harun, 55, dipercayai tiba-tiba bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Axia yang terbabas sebelum dirempuh sebuah lori di belakangnya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika Nabilah dan dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Chukai, Kemaman dari Kuala Terengganu.

BACA LAGI: Niat 3 sahabat ke kedai makan berakhir tragedi di Dungun

BACA LAGI: Pemandu BMW rentung nahas 4 kenderaan di Johor

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mereka difahamkan dirempuh Perodua Axia dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Impak rempuhan menyebabkan kereta Perodua Kancil tersebut dilanggar pula sebuah lori yang berada di belakangnya,” katanya pada Rabu.

Jelas Maizura, dua anak Nabilah iaitu Wan Muhammad Usamah Wan Rozali, 17 dan Wan Soffiyah, 19, masing-masing cedera ringan pada bahagian hidung dan mulut.

WhatsApp Image 2024-06-27 at 11.15.20 (1)

Nabilah juga merupakan petugas bagi PRK Sungai Bakap. — Facebook/Abidin Ismail

Ujarnya, kedua-dua anak mangsa berserta seorang pemandu kereta Perodua Axia, lelaki berusia 43 tahun yang cedera ringan dibawa ke Klinik Kesihatan Paka untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Nabilah yang juga merupakan petugas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang cedera parah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram