Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2024: Malaysia melonjak ke Tier 2


  • Primer
  • Selasa, 25 Jun 2024

Malaysia akan terus mengambil tindakan serius untuk menangani jenayah yang keji termasuk isu pemerdagangan orang.

KEMENTERIAN Luar Negeri menyambut baik peningkatan kedudukan Malaysia ke Tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Amerika Syarikat 2024.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laporan itu merupakan pengiktirafan terhadap kemajuan yang dicapai kerajaan Malaysia dalam memerangi jenayah tersebut.

Menurutnya, ia termasuklah peningkatan jumlah siasatan, pendakwaan dan sabitan terhadap pemerdagangan orang.

BACA LAGI: ‘Buruk dah satu hal, make it right’, pakaian rasmi skuad Olimpik dikecam, KBS kata tanggungjawab MOM

BACA LAGI: Bola sepak akan menunggu Faisal Halim — Hannah Yeoh

Mohamad Hasan

"Selain itu, peningkatan bilangan pakar pendakwa raya pemerdagangan orang, peningkatan peruntukan bagi perlindungan mangsa dan penambahbaikan program kesedaran awam juga antara yang berjaya diperangi.

"Malaysia akan terus mengambil tindakan serius untuk menangani jenayah yang keji ini dan isu-isu pemerdagangan orang serta memastikan pelaksanaan penuh Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Orang (2021-2025) (NAPTIP 3.0)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas Mohamad lagi, kerajaan Malaysia turut menyeru rakan-rakan antarabangsa untuk bekerjasama dalam menangani cabaran bersama dalam isu tersebut.

Malaysia juga menyeru negara-negara asal untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam mencegah rakyat mereka daripada menjadi mangsa pemerdagangan serta mendakwa dan menghukum penjenayah yang terlibat di negara asal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram