Tak sempat lepaskan tiang punca 2 maut terkena renjatan elektrik ketika pasang kabel fiber optik di Sabah


  • 112
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Dua lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja memasang kabel gentian optik talian di Jalan Marak Parak, Kota Marudu, Sabah pada Rabu. — Orang Awam

DUA lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja memasang kabel gentian optik talian sebuah syarikat telekomunikasi dalam kejadian di Jalan Marak Parak, Kota Marudu, Kudat, Sabah pada Rabu lepas.

Mangsa, Abi’rafhdi Affendy, 20, dan Khomeni Maulana, 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak dilaporkan berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bersama lapan pekerja kontrak mengangkat tiang untuk ditanam bagi memasang kabel gentian optik talian sebuah syarikat telekomunikasi, pada pukul 7.30 pagi.

“Ketika pekerja menaikkan tiang berkenaan, terdapat kabel elektrik yang terletak hampir dengan tiang yang dinaikkan di tempat kejadian.

“Tiang yang dinaikkan itu terkena dengan kabel elektrik yang mempunyai arus elektrik mengalir menyebabkan beberapa pekerja sempat untuk melepaskan tiang dan mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan,” katanya.

BACA LAGI: GTR Burger ada sebab pilih Selangor, bukan JDT

WhatsApp Image 2024-02-09 at 10.38.15 AM

Antara mangsa yang melecur akibat kejadian terkena renjatan elektrik di Kota Marudu, Kudat pada Rabu. Orang Awam

BACA LAGI: GTR Burger tidak bimbang stigma Zamburger

Beliau berkata, dua lagi pekerja bagaimanapun tidak sempat melepaskan tiang terbabit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat renjatan elektrik yang tinggi.

“Orang awam yang melihat kejadian ini menggunakan kenderaannya untuk menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Kota Marudu bagi mendapatkan pemeriksaan.

“Doktor bagaimanapun mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia sebelum sampai di hospital,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat yang terletak di Penampang, Kota Kinabalu dan berperanan dalam menjalankan kerja-kerja memasang insfrastruktur kabel gentian optik sebuah syarikat telekomunikasi.

“Pemeriksaan fizikal oleh pegawai perubatan bertugas mendapati terdapat kesan renjatan elektrik pada tubuh mangsa.

“Tiada kecederaan lain yang mengaitkan dengan sebarang unsur jenayah manakala hasil bedah siasat mengesahkan kedua-dua simati mengalami kecederaan akibat terkena renjatan elektrik.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram