MAA gesa saksi tampil, buktikan motif lelaki Myanmar makan kucing atau sekadar konten media sosial


  • Massa
  • Selasa, 25 Jun 2024

Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar bertindak memuat naik konten dirinya yang sedang melapah seekor kucing baru-baru ini.

PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) menggesa saksi atau mana-mana individu yang terlibat untuk tampil dan menyalurkan menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki disyaki warga Myanmar yang melapah seekor kucing seperti tular di media social baru-baru ini.

Presidennya, Ari Dwi Andika percaya perbuatan tidak berperikemanusiaan berlaku di Malaysia memandangkan perbualan lelaki itu di dalam video berkenaan yang menggunakan bahasa Malaysia.

"Pihak MAA sudah membuat laporan polis di Klang Utara dan kita masih menunggu siasatan daripada pihak berkuasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Rapat dengan teman lelaki punca pelajar perempuan di Kerian kena sepak 2 rakan sekolah

BACA LAGI: MAA tawar ganjaran RM3,000 jejak lelaki Myanmar cakap Melayu muat naik video lapah kucing

"Kita sudah kenal pasti suspek yang melakukan perbuatan tersebut dan sekarang masih tunggu tindakan daripada pihak berkuasa," katanya kepada Majoriti.

2766143

MAA sudah sudah mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan tersebut dan sekarang masih tunggu tindakan daripada pihak berkuasa. —Facebook/MAA

Tambah beliau lagi, satu siasatan menyeluruh mengenai pembunuhan haiwan peliharaan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kaedah dan niat sama ada ia bertujuan dijadikan makanan atau suka-suka.

"Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan konten media sosial, pelaku perlu ditangkap, disiasat dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

"Secara moral juga tindakan mematikan kucing untuk tujuan makanan bukanlah budaya masyarakat Malaysia dan ia tidak boleh dinormalisasikan," ujarnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat lelaki melapah kucing itu supaya menyalurkan maklumat lengkap kepada MAA menerusi aplikasi WhatsApp di talian 014-6345464.

Terdahulu, MAA menawarkan ganjaran RM3,000 kepada individu menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki disyaki warga Myanmar yang melapah seekor kucing seperti tular di media sosial.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram