MAA tawar ganjaran RM3,000 jejak lelaki Myanmar cakap Melayu muat naik video lapah kucing


  • Massa
  • Isnin, 24 Jun 2024

Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar bertindak memuat naik konten dirinya yang sedang melapah seekor kucing baru-baru ini.

PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada individu yang dapat menjejaki seorang lelaki dipercayai warga Myanmar memuat naik video melapah seekor kucing di media sosial baru-baru ini.

Menurut persatuan itu, lelaki tersebut disyaki tinggal di Batu Belah, Klang, Selangor dan merupakan seorang pekerja kedai makanan ringan berhampiran Pasar Borong Klang.

Berdasarkan video tersebut, individu itu bercakap menggunakan bahasa Melayu dengan sedikit pelat warga asing.

BACA LAGI: Nasib 6 Ahli Parlimen BERSATU diketahui dalam tempoh 21 hari lagi

BACA LAGI: Pelajar 'dalang' kes baling batu bas penyokong Perak FC, polis tahan 2 suspek

msg1050426791-34294

Lelaki yang kini sedang dijejaki kerana perbuatan tersebut. — Facebook/MAA

Susulan itu, katanya, satu siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan haiwan peliharaan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kaedah dan niat sama ada ia bertujuan dijadikan makanan atau secara sengaja.

"Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan konten media sosial, pelaku perlu ditangkap, disiasat dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

"Secara moral juga tindakan mematikan kucing untuk tujuan makanan bukanlah budaya masyarakat Malaysia dan ia tidak boleh dinormalisasikan," katanya menerusi kenyataan di Facebook MAA pada Isnin.

MAA juga meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat lelaki melapah kucing itu supaya menyalurkan maklumat lengkap kepada MAA di aplikasi WhatsApp (014-6345464).

Katanya, maklumat itu bagi membolehkan satu laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Ganjaran RM3,000 ditawarkan kepada saksi yang menyalurkan maklumat atau boleh mengesahkan kejadian sehingga tertangkapnya pelaku dan dibuktikan bersalah serta dijatuhi hukuman," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram