LANGKAH tegas telah diambil dalam Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) bagi memastikan penyampaian matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terus kukuh.
Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group (SMG), Lydia Wang berkata, dalam usaha memastikan kandungan itu tidak 'Greenwashing' (mengelirukan) masyarakat, akan ada profesional untuk menapis berita tersebut.
"Sebagai wartawan, kami membicarakan langkah terbaik untuk menulis sesuatu yang boleh mengelirukan pembaca secara tidak langsung.
"Kami sedang berusaha untuk melatih wartawan untuk mengenal pasti berita-berita yang mengelirukan dan melakukan penyelidikan yang diperlukan untuk memastikan integriti dalam cerita kami," kata Wang pada sidang media bersama selepas majlis pelancaran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pada Jumaat.
BACA LAGI: Tiga kuasa media Asia perluas liputan prinsip ESG bantu capai pelepasan sifar bersih menjelang 2050
BACA LAGI: Konsortium Impak Kelestarian Asia komitmen 3 negara langkah tepat — PM Anwar
A-EPIC akan terus mengambil langkah untuk memastikan penyebaran maklumat mengenai alam sekitar tepat.
Greenwashing ialah istilah yang digunakan untuk mentakrifkan menjadikan sesuatu produk, dasar atau amalan kelihatan lebih mesra alam atau kurang merosakkan alam sekitar daripada yang sebenarnya.
Tambah Wang lagi, melalui consortium itu juga akan akan memanfaatkan penyelidikan merentasi negara mengenai kesan ESG oleh syarikat dan penerimaan oleh pengguna.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KG Media Andy Budiman berkata, ukuran kejayaan konsortium yang baru dilancarkan itu ialah kesan serantaunya dalam mencapai matlamat ESG.
"Pada penghujung hari, apa yang penting ialah impak dan bagaimana inisiatif ini memberi kesan kepada masyarakat," tambahnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Philippine Daily Inquirer, Rudyard Arbolado
Pada masa sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Philippine Daily Inquirer, Rudyard Arbolado pula berkata, terdapat pelbagai kaedah saringan untuk melindungi daripada cubaan mencuci hijau.
“Pada asasnya terdapat dua jenis saringan iaitu saringan mengikut negara sendiri dan satu lagi di peringkat serantau.
"Jadi, itu akan memberikan perlindungan terhadap kebimbangan terhadap kandungan berita yang mengelirukan," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram